Tuesday, December 30, 2008

11 Pelajar SPM menamatkan Kursus

Pada 25 Disember 2008, 11 pelajar SPM pun menamatkan kursus. Kursus untuk SPM berhasrat unuk memantapkan semula asas-asas bahasa Arab yang telah lama dipelajari. Hanya dengan menguasai semula asas-asas tersebut, barulah mereka mampu belajar silibus SPM dengan mudah dan teratur. Tahniah untuk mereka semua!





Aminah Abdul Karim. Pelajar daripada SMKA Tok Jiring (Sementojie) ini adalah sangat pro aktif dalam mendalami bahasa Arab. Sikap beliau yang suka berbincang, menerang dan merenung semula berjaya memantapkan kefahaman beliau. Ini menambahkan keyakinan. Harapan kami, beliau akan terus maju jaya!

Ummu Aiman Zainuz Zaman. Walaupun tajuk-tajuk yang dipelajari agak banyak dan dipelajari secara ekspres, namun Ummu Aiman menunjukkan bahawa dia tetap fokus untuk menguasai bahasa Arab. Tak apa boleh mengulang semula semua tajuk secara perlahan-perlahan sebab anda sudah nampak 'big picture' tajuk-tajuk tersebut.

Fatin Izzati Mohd Fakri daripada SMA Khairiyyah telah berjaya menguasai asas-asas bahasa Arab dengan baik. Ini akan memudahkannya untuk menguasai tajuk-tajuk lanjutan dalam SPM. Belajar ni, tak payah takut-takut Fatin... Bila kita dah yakin dengan kefahaman kita, buangkan takut-takut tu jauh-jauh.

Syahirah Sulaiman kadang-kadang merasa terperangkap dalam kepelbagaian istilah dan hukum bahasa Arab. Pada akhir kursus kami dapati beliau berjaya keluar daripada kekeliruan istilah dan hukum Nahu dengan jayanya. Ini tanda dah nak pandai lah tu, tapi jangan hilang fokus pulak...

Nurul Atiqah Zulkepli daripada SMA Kampung Laut mampu menguasai tajuk-tajuk Nahu dengan cepat. Jika dibiasakan membuat latihan membuat ayat dan karangan, penguasaan beliau akan bertambah mantap.

Faizuddin Mustaffa. Walaupun demam selama beberapa hari, beliau terus kental untuk meneruskan kursus. Teruskan fokus kepada asas-asas nahu yang mudah, nanti anda akan cepat menguasai taju-tajuk lanjutan.


Mohd Akmal Rosidi daripada Sekolah Menengah Agama Durian Guling. Beliau dilantik sebagai ketua kelas oleh kawan-kawannya. Dengan latihan yang berterusan dan sistematik, beliau boleh cemerlang dalam bahasa Arab. Disamping itu, teruskan latihan suara, baca dengan kuat dan betul.

Ahmad Zul Arfi Mohd Amri, seorang daripada kembar yang menyertai kursus. Beliau menyertai kursus dalam keadaan ragu adakah betul beliau mampu menguasai bahasa Arab? Pada penghujung kursus, beliau dapati dirinya ada potensi tinggi untuk menguasai bahasa Arab.

Ahmad Zul Majdi Mohd Amri. Beliau adalah kembar kepada Zul Arfi. Kedua-duanya mempunyai wajah yang hampir-hampir sama begitu juga dengan tahap penguasaan bahasa Arab yang hampir sama. Jika dapat bergabung dengan baik dalam belajar bahasa Arab, mereka akan lebih cepat menguasainya.


Ali bin Abdul Karim. Tingkatan 4 tahun 2009. Ikon terkenal sepanjang kursus. Beliau cepat faham sesuatu yang diajar dengan sebutan yang baik juga, tetapi cepat hilang fokus pada kebanyakan masa. Jika Ali mula berlatih memberikan tumpuan dalam latihan, dia mungkin akan terkejut melihat pencapaian dirinya.

Mohd Afiq Zulkepli daripada SMA Kampung Laut. Bermula sebagaipelajar yang agak malu-malu tetapi berakhir dengan cemerlang. Jika terus berusaha membiasakan diri dengan hukum-hukum nahu dan saraf melalui perbincangan dan latihan, tidak ada masalah untuk dapat A dalam SPM.


Ahmad Helmi Ahmad Suhaimi daripada SMA Sultan Zainal Abidin Ladang. Beliau banyak memberi perhatian dalam kelas dan banyak berfikir. Lebih baik lagi kalau beliau turut aktif dalam perbincangan dan latihan. Ini untuk memastikan kefahaman kita benar-benar teruji kukuh melalui latihan dan perbincangan. Kami kira keyakinannya semakin bertambah dan meningkat sepanjang kursus ini. Selamat maju jaya!

Tiga lagi pelajar PMR menamatkan kursus


Tiga orang pelajar yang terlambat menyertai kursus, diberikan masa gantian pada akhir sessi biasa dan tambahan beberapa hari belajar. Alhamdulillah, akhirnya mereka mendapat sijil tamat kursus pada 23 Disember dan 24 Disember 2008.


Shahirah Amalina dan Norafifah Hasni menerima sijil daripada Ustaz Zakaria pada 24 Disember 2008. Dua orang pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek ini dapat menguasai dengan baik teknik yang diajarkan di dalam kursus.


Aminah Abdul Karim daripada Sekolah Menengah Agama Kampung Laut tamat kursus pada 23 Disember 2008. Tahun 2009, beliau baru masuk tingkatan 2. Walaupun begitu, Aminah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Saturday, December 20, 2008

Beberapa gambar Hari Tamat Kursus PMR dan Pembahagian Sijil Kepada Peserta Terlibat

Minta maaf pasal tak sempat nak buat berita penuh lagi. Hanya disertakan beberapa gambar untuk tatapan.

Menutup majlis dengan bersalaman. Majlis turut diserikan oleh pelajar SPM yang masih ada seminggu lagi masa untuk belajar.

Membaca sijil yang bertulis bahasa Arab secara beramai-ramai.

Saudara Sayed Taqiyyuddin menerima sijil daripada Ustaz Zakaria. Pelajar Sekolah Agama Ladang ini mempunyai potensi tinggi dalam pelajaran bahasa Arab.

Saudari Raihanah, satu-satunya pelajar perempuan yang mendapat sijil pada 19 Disember 2009. Kalau nak lawan bercakap Arab, saudari kita ini bersedia bila-bila masa... Betul tak?

Saudara Basyir, walaupun merupakan pelajar tingkatan 2 tahun 2009, tapi prestasi dalam kelas amat baik.

Saudara Umar Farouq begitu terharu menerima sijil... Sampai tak terkata apa-apa.. Harap Umar akan menjadi pelajar bahasa Arab terbaik di sekolahnya, tapi kena bercakap kuat sikit.


Pelajar pertama menerima sijil, saudara Ahmad Faiz. Tahniah! Faiz ini kena jadi pelajar terbaik bahasa Arab PMR Sekolah Sheikh Abdul Malek. Kalau bukan terbaik pun, nombor 4 terbaik... Itu janji dia dengan ustaz.


Ustaz Syamsuddin memberikan kata-kata motivasi kepada para pelajar dalam majlis tamat kursus peserta PMR.

Ustaz Syamsuddin sedang menerangkan tentang jumlah fi'liyyah kepada para peserta SPM.


Suasana ceria semasa kursus. Tentu ada sesuatu yang menarik antara Ustaz Zakaria dan para peserta kursus PMR, semua tersenyum aje...

Wednesday, December 10, 2008

Kursus Intensif SPM bermula pada Isnin 15 Disember 2008



Peluang terakhir untuk menyertai Kursus Intensif Pemantapan Bahasa Arab SPM (KIPBA'SPM'09) tinggal beberapa hari saja lagi. Kursus akan segera bermula pada 15 Disember iaitu hari Isnin.


(Makluman : Jadual asal ialah pada hari Ahad 14 Disember, namun tarikh dianjakkan sehari kerana pada hari Ahad, ada satu temuduga besar-besaran untuk kemasukan ke tingkatan satu di sekolah-sekolah agama Negeri yang diadakan di SMAASZA. Ini bagi mengelakkan ketidak-selesaan para peserta dan ibu bapa mereka.)

Jika ada yang berfikir bahasa Arab bukan pelajaran kritikal untuk SPM, mereka perlu melihat kadar kegagalan dalam pelajaran ini mungkin akan menyebabkan pencapaian keseluruhan SPM sedikit kurang 'cantik'. Jika kita memandang lebih jauh, kemahiran berbahasa selain daripada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris mungkin mempunyai merit yang tersendiri dalam dunia kerjaya masa hadapan.

Apa pun bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran, bahasa pengantar ilmu-ilmu Islam dan bahasa yang sangat menarik untuk dipelajari dan diperhalusi.

Seperkara lagi, ia tidak sesukar yang digambarkan oleh kebanyakan orang. Dengan teknik yang betul, ia cukup mudah kepada orang yang ada sedikit minat.

Kursus ini akan membantu peserta memperkemaskan semula asas-asas bahasa Arab mereka sebelum menjurus kepada tajuk-tajuk SPM secara langsung.

Maklumat lanjut Kursus boleh dilihat dalam posting di bawah.

Wednesday, November 5, 2008

KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON PMR DAN SPM 2009



Update (16 November 2008)

Pendaftaran masih lagi dibuka. Bayaran yuran kursus akan diterima pada hari pertama kelas bermula.

Untuk tempahan tempat sila telefon Ustaz Zakaria di talian 012-985 1494 atau hubungi kami melalui emel bijakkk@yahoo.com



Pendahuluan


Pembelajaran bahasa Arab memerlukan kepada pemahaman asas aspek bahasa, pengayaan kosa kata, penguasaan tatabahasa dan penggunaan praktikal bahasa itu dalam kehidupan seharian. Oleh itu, setiap komponen bahasa perlu digarap agar menjadi saling berkait antara satu sama lain bagi memudahkan penguasaan bahasa tersebut dalam tempoh yang singkat.


Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin akan menganjurkan KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON PMR DAN SPM 2009. Kursus ini akan memakan masa selama 30 jam dalam tempoh 2 minggu cuti sekolah.


Jika anak-anak anda yang sering mengadu tentang kesukaran mempelajari bahasa Arab, inilah peluang keemasan untuk mereka memperkemaskan semula asas bahasa Arab sekali gus membaiki peluang mereka untuk cemerlang dalam subjek itu di dalam PMR dan SPM 2009.



Tempat Kursus


Kursus akan di adakan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu.



Apakah Faedah Yang Bakal Diperolehi Oleh Peserta Kursus?


  1. Asas-asas bahasa Arab peserta akan diperkuatkan secara sistematik.
  2. Peserta akan dilatih tubi dengan kemahiran berbahasa secara praktikal.
  3. Peserta akan ditanamkan dengan motivasi kendiri dalam mempelajari bahasa Arab dan tidak sekali-kali mengalah dalam mencapai cita-cita.
  4. Peserta akan diperkenalkan dengan kaedah mengulangkaji mata pelajaran bahasa Arab secara berkesan.



Tarikh Mula Belajar


30 November – 11 Disember 2008 – Untuk bakal calon PMR 2009

14 - 25 Disember 2008 – Untuk bakal calon SPM 2009

(Pembelajaran adalah selama 3 jam sehari bermula jam 8 Pagi – 11.00 pagi)



Peserta


Jumlah peserta TERHAD kepada 30 peserta PMR dan 30 peserta SPM sahaja.



Yuran Kursus


Yuran Kursus ialah sebanyak RM 150 sahaja.

(Pelaburan anda hanya berharga RM 5 sejam untuk nilai yang sukar dicari ganti)



Bahan Kursus


Bahan kursus merangkumi Fail Kursus, Nota Kursus Edisi Khas, beberapa contoh Soalan PMR atau SPM, sijil kursus dan lain-lain.



Tenaga Pengajar


Tenaga pengajar adalah terdiri daripada konsultan-konsultan terpilih PPPi.



Penampilan Istimewa


Satu slot penampilan istimewa guru bahasa Arab berpengalaman akan menjadikan para peserta lebih fokus untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM 2009.


Selain itu, beberapa pelajar cemerlang bahasa Arab daripada Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) akan bertindak sebagai fasilitator untuk memudahkan pembelajaran melalui rakan sebaya.



DAFTARLAH SEKARANG!!!


Pendaftaran boleh dibuat di pejabat PPPi di;


PUSAT PERKEMBANGAN

POTENSI INSAN SEJAHTERA

No. 9, Tingkat 1, Jalan Hiliran

20300, Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

Tel: 012-9851494 Faks: 09-6314077


Atau dengan menelefon terus Ustaz Zakaria di talian 012-985 1494. Bayaran Pendaftaran hendaklah menggunakan Postal order, Money Order atau Cek atas nama Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera. (Bayaran tunai juga boleh dibuat terus di pejabat PPPi).


Maklumat Tambahan


Penganjur akan menyediakan sarapan ringan pagi pada waktu rehat. Kursus tidak melibatkan penyediaan penginapan.




Tuesday, March 25, 2008

Pameran Sains dan Ko Kuikulum di SMA (A) Sultan Zainal Abidin

السيد داتوء الشيخ هارون بن الشيخ اسماعيل
الأستاذ زكريا بن اسماعيل في كشك PPPi
من الضيوف المحترمين, ومدير المدرسة في المقعد الثاني من اليمين و رئيس مساعدي مدير الإدارة الأستاذ عبد العزيز في آخر اليمين


18 – 19 من مارس – اشترك مركز تطوير الجوانب الإيجابية للإنسان السليم (PPPi) في معرض العلوم والأنشطة الاصفية في مدرسة السلطان زين العابدين الثانوية الدينية العليا. هدف المعرض إلى تنمية رغبات الطلبة في مجال العلوم التكنولوجية في المستقبل. والمعرض يحتوي على عدة جوانب منها : معرض من الطلبة أنفسهم ومعرض من الهيآت الحكومية وغير الحكومية.


وفي حفلة الإفتتاح, صرح السيد داتوء الشيخ هارون بن الشيخ اسماعيل – وهو مدير ادارة الشؤون الدينية الترنجانوية - بأن المعرض حقق رغبة الإدارة في إنشاء جيل جديد من طلبة المدارس الدينية الذين يهتمون بعلوم الدين وفي نفس الوقت يهتمون بالعلوم الحديثة الأخرى وخاصة العلوم المتعلقة بالتكنولوجيا الحديثة.


وفي نفس حفلة الافتتاح, ألقى السيد الدكتور محمد زكي بن محمد سعيد – مدير مركز العلوم و الإبداع Pusat Sains dan Kreativiti Negeri (PSKT) – كلمة موجزة حيث شجع الطلبة والحاضرين على أهمية ترسيخ رغبات المسلمين في ميدان الإبداع الحديث حتى يصيروا على منهاج من سبقهم من المسلمين الأولين في العصور الذهبية.


وقبل ذلك ألقى مدير المدرسة, السيد هاشيم بن أمبوغ – كلمة تقدير لكل من ساهم في انجاح هذا المعرض التثقيفي الممتع وكان يعرب ما في نفسه من سرور على ما يصل اليه تلاميذه في إجراء بعض التجارب العلمية في هذا المعرض الذي يعقد في هذه المدرسة لأول مرة.

أما بالنسبة إلى مركز تطوير الجوانب الإيجابية للإنسان السليم(PPPi) فنحن نقوم بكشك تجاري نعرض فيه مصحفا إلكترونيا للقراءن الكريم والقاموس الإلكترونى على ضيافة الهيئة التنفيذية للمعرض.


Wednesday, February 20, 2008

البيان الختامي للملتقى العالمي لخريجي الازهر

كوالالمبور/ في 19 فبراير/شباط //برناما// -- لقد عشنا هذه الأيام الثلاثة فى الملتقى العالمى الثالث لخريجى الأزهر ، والذى عُقد فى العاصمة الماليزية بناء على دعوة كريمة من الحكومة الماليزية لإستضافة الملتقى الثالث الذى اكتسب أهمية خاصة بعد إكتمال كافة الإجراءات لتأسيس الرابطة العالمية لخريجى الأزهرز.

تأسست الرابطة العالمية لعلماء الأزهر مستهدفة إيجاد جسور التواصل بين أكثر من أربعين ألف عالم ، تعلموا فى الأزهر الشريف ، وحملوا رسالته الخالدة إلى العالم، وحملوا روحه الوسطية المعتدلة ، والتى تمثلت فى الانفتاح الفكرى والثقافى وأفرزت منهجية تحترم التعددية فى الآراء ، وتستوعب الاختلاف بين المذاهب وهو احترام متبادل يؤكد على وحدة المصادر عند المسلمين مع تنوع فى مناهج الإستنباط ، وقواعد تنزيل النصوص على الوقائع والتى قد تختلف بإختلاف الزمان والمكان والأحوال والأشخاص0إن إنشاء هذه الرابطة ، واكتمال الجوانب القانونية لتأسيسها يُعد فى حد ذاته حدثاً يستحق الإشادة ، ويدعو إلى الإفادة من تجمع جديد للعلماء – يصحح مسيرة العالم – ويُعلى منهج الإعتدال الإسلامى ، ويصد الهجمة الشرسة على الإسلام وأهله ويحول دون تفشى تيارات التشدد والغلو.
إن هذا الملتقى العالمى الثالث لخريجى علماء الأزهر على مستوى العالم والذى ينعقد اليوم فى العاصمة الماليزية ، تأكيداً لتواصل العالم الإسلامى من أقصاه إلى أقصاه وإعتزازاً بتجربة رائدة فى التطور الحضارى قدمتها ماليزيا كدولة ارتبطت بثوابتها وتواصلت مع عالمها فى أحدث ما وصل إليه من تطور علمى وتقنى ويوصى بما يلى:-(التوصيات)
01- إنشاء فروع للرابطة تضم مجموعات إقليمية حسب التوزيع الجغرافى للعالم الإسلامى، وتتحمل هذه الفروع مسئولية التحقيق العملى لأهداف الرابطة العالمية لعلماء الأزهر، واعية بظروف مكانها، ومتطلبات عصرها وزمانها
02- يوصى الملتقى بأن تجعل الرابطة الاهتمام باللغة العربية من أهم أولويات الفروع كل فى محيطة الإقليمى، مع الاهتمام الخاص بمسلمى البلاد الإسلامية الناطقة بغير العربية ، وتأمل الرابطة فى الوصول إلى بث فضائى لتعليم اللغة العربية لغير الناطقين بها والتى هى لغة القرآن الكريم ، والمدخل الوحيد الى فهم أحكامه ، ودراسة تشريعاته
03- يؤكد الملتقى على أن من أهم ما ينبغى العناية به هو الفهم الحضارى للإسلام ، فالإسلام دين حضارة، ومن الضرورى العمل على بلورة منهج للتفكير يمثل موضوع الحضارة فيه الغاية المستهدفة ، وتكون نهضة المسلمين لحمته وسُداه
04- يؤكد الملتقى على أهمية دعم المسلمين الأوروبيين، والمتصدرين للعمل الاسلامى، فى الإفتاء والإعلام بهذه البلاد ، وتبصيرهم بصحيح الاسلام، والتواصل معهم فكرياً، ودعمهم بالمناهج والأساتذة، ودورات التدريب
05- يؤكد الملتقى على أن من مهام الرابطة العمل على إيجاد حلول المشاكل للأقليات الإسلامية فى القارات الخمس، مع توجيههم إلى أهمية الاندماج فى مجتمعاتهم ، ومشاركة مواطنيهم فى جميع مجالات الحياة، مع الحفاظ على الثوابت الإسلامية
06- وضع إستراتيجية لتخريج علماء فى المستقبل يحملون الراية، ويتفهمون التحديات وكيفية مواجهتها واعتبار تكوين هذه النخبة المستنيرة من أهم الأولويات ، مع الإهتمام بتكوين أجيال من العلماء على دراية كاملة باللغات العالمية الحية للدفاع عن حقيقة الإسلام فى كل هذه المواقع
07- دعوة أغنياء المسلمين إلى دعم أنشطة الرابطة لتحقيق هذه الأهداف ، ويُنشأ مكتب خاص بالرابطة لإنجاز هذه المهمة على مراحل.

//وكالة الأنباء الوطنية الماليزية-برناما// خ.أ February 19, 2008 10:38 AM -- BERNAMA

Sunday, February 10, 2008

ألقى طلبة المدرسة الثانوية سري برا تقديمات شفوية أمام أساتذة واخوانهم الآخرين

هذه بعض مقاطع فيديو كليب عن الأنشطة الجماعية أثناء الدورة في المدرسة الثانوية سري برا
video video

Wednesday, February 6, 2008

Apa yang dipelajari dalam Kursus Mengenali dan menggunapakai Maklumat Islam Daripada Internet

Kursus Mengenali dan menggunapakai Maklumat Islam Daripada Internet memberi peluang kepada golongan yang baru berkenalan dengan internet untuk memulakan pengembaraan di internet. Mereka akan memulakan pengembaraan ke alam siber dengan tema maklumat Islam. Peserta diperkenalkan dengan lebih 100 laman web Islam berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Setiap laman web yang diperkenalkan disertakan dengan maklumat dan penilaian ringkas tentang setiap laman web.

Bagi yang sudah berpengalaman dalam dunia siber, kursus ini memberikan satu ruang pengembangan dalam mencari dan menilai maklumat-maklumat yang dikemukakan dalam laman web Islam. Ini termasuklah laman yang berkaitan hukum, audio, buku-buku yang dijual secara online dan buku-buku percuma. Peserta turut didedahkan dengan laman web musuh Islam dan laman web yang mengelirukan ummat Islam.

Peserta juga didedahkan dengan satu kertas asas bertajuk Garis Panduan Mengguna Pakai Maklumat Islam Di Internet. Ini memberikan satu konsep penapisan yang dibuat sendiri oleh peserta dalam menerima pakai sesuatu maklumat berkaitan Islam di Internet. Kertas ini cuba untuk mengelakkan kekeliruan apabila berhadapan dengan langit terbuka di dunia siber dengan meletakkan beberapa prinsip asas penapisan maklumat yang akan diterima pakai.

Bagi kursus ini peserta dibekalkan dengan satu CD yang mengandungi e-book Direktori Laman Web Islam dan Panduan Mengguna Pakai Maklumat Islam Di Internet. Beberapa e-book percuma turut diberikan. Selain itu CD tersebut juga disertakan dengan mashaf al-Quran digital, perisian azan dan beberapa perisian percuma yang membantu mereka mengembara di internet secara lebih selamat.

Kadang-kadang terlintas dalam fikiran kami untuk menjual CD tersebut bagi memudahkan lebih ramai khalayak yang berminat untuk mendapatkan faedah-faedah yang telah diperolehi oleh peserta seminar. Insya Allah jika berpeluang dan ada permintaan kursus ini akan kami anjurkan lagi pada masa hadapan.

video

Monday, February 4, 2008

Seminar Bahasa Arab Tinggi di SMK Seri Bera





Pada 2 Februari 2008, PPPi telah mengadakan Seminar Bahasa Arab Tinggi di SMK Seri Bera. Sekolah ini adalah sekolah bukan aliran sekolah agama atau SMKA. Modul yang diguna pakai ialah modul yang kami gunakan di dalam Kursus Meningkatkan Motivasi Dan Penambahbaikan Kaedah Menghadapi Bahasa Arab SPM 2008 yang dibangunkan khusus untuk sekolah-sekolah aliran agama.


Namun yang paling menarik ialah 52 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 tersebut telah menunjukkan satu semangat yang tinggi untuk berjaya dalam bahasa Arab SPM! Mereka juga telah membuat sesi pembentangan peserta sangat meriah dan setaraf dengan pembentangan pelajar daripada sekolah-sekolah beraliran agama. Tahniah untuk semua para peserta dan guru-guru mereka di SMK Seri Bera!


PPPi juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua dan guru-guru SMK Seri Bera atas kerjasama yang baik sepanjang program. Antaranya Ashabul Fadhilah Ustaz Muslim, Ustaz Zulkarnain, Ustaz Azhari, warden-warden, kaunselor dan lain-lain.

Thursday, January 31, 2008

Kembali ke Rahmatullah


Tuesday, January 29, 2008

Al-Fatihah
Dato' Ishak Baharum Kembali Ke Rahmatullah

Berita [utusan online] Kuala Lumpur 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengahari ini.
Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam akibat masalah tekanan darah.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.

Sunday, January 27, 2008

Gambar, klip video dan bagaimana untuk hantar komen

Ada sikit lagi gambar dan beberapa klip video. Kita poskan lain kali pulak. Mana boleh sekaligus, tak best lah pulak. Kalau nak komen, tekan ruang komen, pilih nick name, tulis nama kita tinggalkan url. Setelah komen anda, pihak kami baca dan sahkan, ia akan terpapar di ruang komen tersebut.

Lagi gambar Kursus


Sebahagian lagi gambar kursus. Kelihatan instruktor program, Ustaz Zakaria Ismail sedang mengendalikan kursus.

Beberapa Photo Kursus Mengurus Dan Mengguna Pakai Maklumat Daripada Laman-Laman Web Islam Di Internet






Ini sebahagian daipada gambar-gambar peserta Kursus Mengurus Dan Mengguna pakai Maklumat Daripada Laman-Laman Web Islam Di Internet di Hotel Seri Malaysia Marang Pada 24 Januari 2004. Para peserta adalah terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam dan bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Jabatan Hal ehwal Agama Terengganu. Gambar terakhir ialah al-Fadhil Ustaz Aziz Muda, Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan JHEAT, turut meninjau perjalanan kursus.

Pelajar SMASZA membuat pembentangan



video

Saturday, January 19, 2008

تعليم قواعد اللغة العربية يحتاج إلى تيسير وتجنب التعبيرات الغامضة

لقد كان المبتدئون في تعلم قواعد اللغة العربية يواجهون صعاباً في تعلمها لأن الكتب القديمة التي وضعت لهم قد طال على تأليفها الأمد واختلفت عليها دورات الزمان. ولقد سطع في هذا العصر نور التجديد وألفت مباحث جديدة وتجارب سديدة بعثت في القلوب حب العربية وبينت أنها لم تكن لغزاً ولم تكن طلسماً ولم تكن شبحاً مخيفاً بل آيات بينات من اللسان العربي الشريف مهد عزهم ومصدر فخرهم ومجد وطنهم وهذا الموقع الذي يبحث باختصار في هذه اللغة وقواعدها يأخذ بأيدينا في طريق ممهدة هوناً إلى الغاية المنشودة بإذن الله وهي تسهيل اللغة العربية .. ولي أمل بتحقيق هذه الأمنية والله المستعان سبحانه

Thursday, January 10, 2008

Membantu Pelajar Menguasai Bahasa Arab

Ramai pelajar menghadapi masalah dalam subjek bahasa Arab disebabkan tiada motivasi dan gagal memahami teknik penguasaan bahasa Arab secara mudah dan berkesan. Sedikit perubahan paradigma pada minda dan rutin tingkah laku harian mereka mampu mencetuskan natijah yang benar-benar positif dalam usaha mereka menguasai bahasa Al-Quran.

Lantaran itu, Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) menjalankan penyelidikan dan perundingan dengan guru-guru dan pakar-pakar bahasa Arab bagi membangunkan modul motivasi dan teknik belajar bahasa Arab secara lebih efektif dan menarik. Modul-modul ini sentiasa menerima penambahbaikan daripada masa ke semasa berdasarkan input baru dan pengalaman kami mengendalikan kursus.

Program 2008

KURSUS-KURSUS MOTIVASI YANG DITAWARKAN PADA TAHUN 2008

1. Kursus Motivasi Dan Teknik Belajar Bahasa Arab Untuk Pelajar PMR.

2. Kursus Meningkatkan Motivasi Dan Penambahbaikan Kaedah Menghadapi Bahasa Arab SPM.

3. Kursus Teknik Menggunakan Kamus Berbahasa Arab Secara Cekap Dan Cepat.


KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN KEPADA BADAN KERAJAAN DAN ORGANISASI SWASTA

1. Kursus Mengurus Dan Mengguna pakai Maklumat Daripada Laman-Laman Web Islam Di Internet

Pengunjung