Saturday, December 12, 2009

KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON SPM 2010

Kursus akan berjalan pada Ahad 13 Disember 2009 di SMAAZA bermula jam 8 pagi. Jika anda belum mendaftar, boleh terus mendaftar pada hari tersebut. Anda diminta membawa alatulis sendiri manakala bahan kursus akan diberikan semasa sesi pendaftaran. Tidak perlu berpakaian sekolah, hanya pakaian biasa yang bersesuaian dan menutup aurat.

Jumpa di sana. Insya Allah.

Alhamdulillah... Kursus Intensif Bahasa Arab PMR tamat dengan Jayanya

Update; Ada sikit lagi gambar












Para peserta bergambar bersama ustaz dan kawan-kawan.

Pada 10 Disember baru-baru ini, Kursus Intensif bagi memantapkan asas-asas bahasa Arab bagi calon peperiksaan PMR tahun 2010 telah ditamatkan dengan jayanya.

Para pelajar telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai asas bahasa arab dengan mengikut modul pembelajaran yang kami bangunkan. Melalui modul tersebut para pelajar menjadi lebih yakin, lebih cekap memahami istilah dan penggunaan kaedah asas bahasa arab seperti isim, fiil dan huruf. Mereka juga dilatih untuk membuat ayat atau jumlah mufidah dalam bentuk jumlah fi'liyyah dan jumlah ismiyah.

Pada akhir kursus, para peserta mula bercakap bahawa bahasa Arab tidak sesusah yang mereka jangkakan. Ia senang dan amat menyeronokkan apabila kita sudah mula memahami asas-asas bahasa Arab itu sendiri dan mempraktikkannya dalam perbualan, tulisan dan pembacaan.

Untuk setakat ini, diturunkan beberapa gambar sekitar kursus. Nanti beberapa gambar lain akan menyusul, Insya Allah.


Ketua peserta lelaki membuat ucapan pada akhir kursus.

Ketua pelajar perempuan membuat ucapan.

Sesi rehat dan makan semasa kursus.

Peserta perempuan sedang rehat dengan menjamu selera.

Seorang pelajar Azmir sedang menerima sijil tamat kursus.

Tuesday, November 10, 2009

KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON PMR DAN SPM 2010

Update 20 November:

Bayaran boleh juga dibuat pada hari pertama pembelajaran sama ada PMR atau SPM.

Jika anda akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010 untuk subjek bahasa Arab Komunikasi atau bahasa Arab Tinggi, ANDA BERPELUANG UNTUK MEMANTAPKAN SEMULA KEMAHIRAN ANDA DALAM SUBJEK BAHASA ARAB.



Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi)
akan menganjurkan KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON PMR DAN SPM 2010. Kursus ini akan memakan masa selama 35 jam dalam tempoh 2 minggu cuti sekolah.


TEMPAT KURSUS


Kursus akan di adakan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu.



TARIKH MULA BELAJAR


01 - 10 Dis 2009 – Untuk bakal calon PMR 2010

13 - 24 Dis 2008 – Untuk bakal calon SPM 2010

(Pembelajaran adalah selama 3 jam sehari bermula jam 8 Pagi – 11.30 pagi)



PESERTA


Jumlah peserta TERHAD kepada 50 peserta PMR dan 50 peserta SPM sahaja.

YURAN KURSUS

Yuran Kursus ialah sebanyak RM 150.

(Pelaburan anda hanya berharga RM 4.30 sejam. Makan pagi turut disediakan.)


BAHAN KURSUS


Bahan kursus eksklusif akan dibekalkan oleh pihak kami. Ia merangkumi teks-teks bahasa Arab terpilih, nota-nota mudah, bahan rujukan, contoh soalan peperiksaan.


Pada akhir kursus peserta akan diberikan sijil tamat kursus.



PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!


Pendaftaran boleh dibuat dengan menelefon terus Ustaz Zakaria di talian 012-985 1494.



Bayaran pendaftaran boleh dibuat menerusi akaun Maybank bernombor 163019383570 atas nama Zakaria bin Ismail. Sila maklumkan tentang deposit yuran yang telah dibuat melalui telefon atau sms. Slip bank tersebut hendaklah di bawa pada hari pertama kursus berlangsung.

Monday, November 2, 2009

Kursus di Tiga Buah Sekolah

Alhamdulilllah, PPPi sudah pun menganjurkan Kursus Persediaan Akhir Menghadapi Peperiksaan Subjek Bahasa Arab Tinggi SPM di 3 buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail di Dungun, Sekolah Menengah Agama Al-Falah di Kemaman dan Sekolah Menengah Agama Marang di Marang.


Para pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan kertas I dan II, membuat ulangkaji ekspres dalam pelajaran nahu, saraf, balaghah serta dibekalkan dengan teknik-teknik ulangkaji terakhir sebelum peperiksaan.


Pintu masuk Sekolah Menengah Agama Marang


Respon yang diterima adalah amat menggalakkan. Ramai pelajar gembira dapat mengulangkaji pelajaran bahasa Arab secara cepat dan menyeluruh dalam sehari berkursus. Mereka lebih gembira lagi kerana lebih memahami teknik bagaimana untuk berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan tanpa mengorbankan markah soalan-soalan mudah.


Para pelajar berbincang dalam kumpulan.


Pada awal kursus para pelajar diminta mengklasifikasikan diri mereka, sama ada terdiri dalam kategori 1, 2, 3 atau 4. Ramai berpendapat mereka terdiri daripada katagori 2 dan 3. Terdapat beberapa pelajar yang mengkategorikan diri mereka dalam kumpulan 1 dan 4.



Pelajar lelaki begitu gembira berkursus, ada nampak riak keyakinan pada wajah mereka.


Sedutan awal kertas kerja mengenai kategori-kategori ini, adalah seperti berikut;


  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar bahasa Arab dengan bersungguh-sungguh dan berjaya menguasai sebahagian besar intipati pelajaran, modul ini akan membantu menjadikan anda seorang yang sangat cemerlang.

  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar secara bersunguh-sungguh tetapi tidak dapat menguasainya dengan baik, modul ini akan membantu anda dengan memberikan beberapa fokus untuk ditekuni ketika peperiksaan dan mendapatkan markah yang baik.

  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar secara ala kadar sahaja, modul ini akan cuba membantunya mengelakkan kegagalan yang bersifat total.

  1. Jika sebelum ini, anda tidak pernah belajar dan tidak pernah ada kemahuan untuk belajar, SUKAR bagi modul ini atau mana-mana modul lain untuk membantu anda dalam tempoh beberapa hari terakhir sebelum SPM.

Entah apa sebab mereka begitu geli hati...

Walau apa pun keadaan anda sebelum ini, Insya Allah, anda masih boleh mencapai kejayaan...



Belajar rajin-rajin yer!


Pandangan kami secara peribadi, setelah bercakap dengan para ustaz dan ustazah yang telah mendampingi para pelajar selama ini, terdapat tanda kesungguhan yang baru dalam diri para pelajar selepas tamat kursus. Mereka rasa mereka sempat mencapai target dengan teknik ulangkaji yang kami dedahkan. Mereka sanggup membuat pecutan akhir untuk subjek bahasa Arab Tinggi ini dan mereka yakin BOLEH! Masih sempat membuat persediaan akhir dan masih sempat menguasai serba sedikit kekurangan diri. Semoga semua pelajar dapat mencapai target yang mereka tetapkan untuk diri mereka dalam peperiksaan nanti.


Inilah senyuman yang kita harapkan selepas keputusan SPM diumumkan... Insya Allah.


Mudir Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Ustaz Aziz memandang anak-anak didiknya dengan penuh harapan untuk melihat kejayaan mereka.


Kami doakan kejayaan untuk kalian semua.

Sunday, October 11, 2009

PROGRAM PERSEDIAAN AKHIR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SUBJEK BAHASA ARAB TINGGI SPM



Pengenalan


Peperiksaan SPM akan bermula tidak berapa lama lagi. Sehubungan dengan itu, Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) menyediakan modul khas untuk calon subjek Bahasa Arab Tinggi SPM bagi menghadapi peperiksaaan tersebut.

Modul khas ini adalah untuk membantu calon-calon membuat ulangkaji akhir, mengenalpasti aspek-aspek yang perlu di tangani dalam peperiksaan sebenar dan menjawab beberapa kekeliruan yang mungkin timbul pada saat akhir ulangkaji.

Objektif dan faedah kursus ini kepada para pelajar?


  1. Mengulangkaji tajuk-tajuk subjek Bahasa Arab Tinggi secara ringkas bagi membolehkan pelajar mengenalpasti perkaitan antara tajuk-tajuk yang diajar dengan bentuk soalan dalam soalan peperiksaan sebenar.
  2. Mengimbas sekali lalu tajuk-tajuk berkaitan Nahu, Saraf dan Balaghah bagi membolehkan pelajar menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan cara yang paling mudah.
  3. Mempraktikkan beberapa teknik tertentu bagi menjawab beberapa soalan tertentu dalam kertas peperiksaan serenar untuk mengelakkan pelajar membuat kesilapan mudah dalam peperiksaan.
  4. Memberikan teknik mengulangkaji subjek bahasa Arab yang berkesan kerana sebahagian pelajar tidak terdedah kepada teknik mengulangkaji yang betul bagi subjek bahasa Arab, khususnya dalam tempoh yang singkat seperti sekarang.


Penutup

PPPi berharap Program Persediaan Akhir Peperiksaan Subjek Bahasa Arab SPM akan berjaya membantu calon-calon peperiksaan untuk membuat persediaan dan ulangkaji akhir menjelang peperiksaan secara lebih berkesan.




الاستِعْدادُ النِّهَائِيّ لِمُرَاجَعَةِ مَادَة اللّغَةِ العَرَبِيَّةِ قَبْلَ مَوْعِدِ الامْتِحَانِ الحَقِيقِيّ


المقدمة

يسر مركز تنمية إيجابيات الإنسان السليم (PPPi )أن يقدم إليكم برنامجه الخاص لتسليح طلبة السنة الخامسة الثانوية بعدة نهائية لمواجهة امتحان الشهادة الثانوية الماليزية القريب موعده. ويعد هذا البرنامج فرصة أخيرة للطلبة لتهضيم مواد الدراسة ومراجعة الأسئلة المتعلقة بها في آن واحد.



أهداف البرنامج وفوائدها للطلبة


١. مراجعة جميع موضوعات مادة اللغة العربية بشكل موجز حتى يعرف الطالب وجوه الارتباط الموجودة بينها وبين أسئلة الامتحان.


٢. الإلتفات السريعة إلى مواد النحو والصرف والبلاغة وكيف يظفر الطالب بإجابة الأسئلة المتعلقة بتلك المواد بسهولة.


٣. إعطاء تقنيات مهمة تجاه بعض أسئلة خاصة في ورقة الامتحان الحقيقي حتى لا يخطئ الطالب في إجابة تلك الأسئلة السهلة.


٤. إعطاء تقنيات المراجعة المؤثرة لمادة اللغة العربية حيث قد لا يعرف بعض الطلبة كيفية المراجعة الصحيحة لهذه المادة في مثل هذه المدة القصيرة.


المشتركون

يكون مشتركو البرنامج من طلبة السنة الخامسة الثانوية.


المكان والزمان

يحدد المكان والزمان الجهة المسؤولية للمدرسة.


الخاتمة

نرجو أن يحقق هذا البرنامج أهدافه المنشودة فيستطيع الطلبة المشتركون أن يخوضوا معركة الامتحان باستعداد تام وقلوب موقنة بالنجاح، إن شاء الله.

Thursday, March 5, 2009

Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Arab PMR dan SPM Intensif

PPPi dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama (Atas) PPPi dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama (Atas) PPPi dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Batu Buruk akan mengadakan Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Arab PMR dan SPM sebagaimana berikut;



Tarikh : 14 - 19 Mac 2009 (Musim cuti Sekolah)

Masa : 08.30 pagi - 12.00 tengahari setiap hari sepanjang kursus

Yuran : RM 120



Bengkel ini akan menekankan aspek teknik menjawab soalan di samping memperkukuhkan semula asas-asas bahasa Arab pelajar. Matlamat ini tidak mampu dicapai sepenuhnya tanpa melibatkan masa belajar yang agak panjang.


Jika para pelajar tidak mengambil peluang ini sekarang, pihak kami tidak mampu menelah adakah kami akan membuat kursus intensif panjang seperti ini pada masa akan datang. Ini kerana pelajar juga terpaksa menumpukan perhatian kepada subjek-subjek lain. Jika pada peringkat awal ini, para pelajar telah membuat persiapan rapi untuk subjek bahasa Arab, masa akan datang mereka boleh menumpukan fokus kepada subjek lain pula.


Pada hari terakhir kursus, penerangan akhir akan dibuat oleh guru-guru bahasa Arab yang berpengalaman dan kudapan akan disediakan seperti biasa.


Tempahan kursus boleh dibuat dengan menefon Ustaz Zakaria Ismail di talian 012-9851494.


Motivasi Bahasa Arab di SMK TEngku Ibrahim, Permaisuri, Setiu

Pada 28 Februari 2008, PPPi telah dijermput untuk mengadakan satu kem motivasi Bahasa Arab untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 di SMK Tengku Ibrahim.

Para peserta adalah pelajar daripada aliran Arab yang diberi nama Kelas UIA, di mana seramai 65 orang peserta telah hadir.

Peserta didedahkan dengan 9 teknik belajar bahasa Arab secara lebih efisien, diberikan motivasi kenapa mereka sepatutnya tidak melepaskan peluang menguasai bahasa Arab di peringkat sekolah lagi, didedahkan dengan teknik merujuk kamus dan diberi peluang membentangkan tugasan sepanjang kursus satu hari ini berjalan.

Berikut adalah-gambar-gambar sekitar kursus.

Terima kasih banyak kepada pihak sekolah, khususnya Ustazah Nor Maziah di atas jemputan mengadakan motivasi di sana.

Wednesday, January 14, 2009

Tuisyen Bahasa Arab

Ada permintaan daripada beberapa orang pelajar yang menyertai kursus agar pihak kami mengadakan tuisyen bahasa Arab untuk PMR dan SPM. Ini berikutan daripada prestasi yang agak menurun dalam keputusan PMR baru-baru ini.

Pihak kami sedang menimbang dengan teliti cadangan tersebut.

Besar kemungkinan, jika kelas tuisyen bakal dijalankan ia akan bermula pada bulan Februari 2009, di pejabat kami di Pulau Kambing dengan yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran bulanan sebanyak RM 20. Kami memerlukan lebih ramai pelajar untuk membolehkan kami memulakan kelas.

Jika anda turut berminat untuk menyatakan maklum balas terhadap cadangan ini, anda boleh menghantar emel di insanberpotensi@yahoo.com atau terus menelefon pihak kami. Ini untuk membolehkan kami menilai adakah program tuisyen tersebut berdaya maju atau sebaliknya.




Pengunjung