Tuesday, November 10, 2009

KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON PMR DAN SPM 2010

Update 20 November:

Bayaran boleh juga dibuat pada hari pertama pembelajaran sama ada PMR atau SPM.

Jika anda akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010 untuk subjek bahasa Arab Komunikasi atau bahasa Arab Tinggi, ANDA BERPELUANG UNTUK MEMANTAPKAN SEMULA KEMAHIRAN ANDA DALAM SUBJEK BAHASA ARAB.



Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi)
akan menganjurkan KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON PMR DAN SPM 2010. Kursus ini akan memakan masa selama 35 jam dalam tempoh 2 minggu cuti sekolah.


TEMPAT KURSUS


Kursus akan di adakan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu.



TARIKH MULA BELAJAR


01 - 10 Dis 2009 – Untuk bakal calon PMR 2010

13 - 24 Dis 2008 – Untuk bakal calon SPM 2010

(Pembelajaran adalah selama 3 jam sehari bermula jam 8 Pagi – 11.30 pagi)



PESERTA


Jumlah peserta TERHAD kepada 50 peserta PMR dan 50 peserta SPM sahaja.

YURAN KURSUS

Yuran Kursus ialah sebanyak RM 150.

(Pelaburan anda hanya berharga RM 4.30 sejam. Makan pagi turut disediakan.)


BAHAN KURSUS


Bahan kursus eksklusif akan dibekalkan oleh pihak kami. Ia merangkumi teks-teks bahasa Arab terpilih, nota-nota mudah, bahan rujukan, contoh soalan peperiksaan.


Pada akhir kursus peserta akan diberikan sijil tamat kursus.



PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!


Pendaftaran boleh dibuat dengan menelefon terus Ustaz Zakaria di talian 012-985 1494.



Bayaran pendaftaran boleh dibuat menerusi akaun Maybank bernombor 163019383570 atas nama Zakaria bin Ismail. Sila maklumkan tentang deposit yuran yang telah dibuat melalui telefon atau sms. Slip bank tersebut hendaklah di bawa pada hari pertama kursus berlangsung.

Monday, November 2, 2009

Kursus di Tiga Buah Sekolah

Alhamdulilllah, PPPi sudah pun menganjurkan Kursus Persediaan Akhir Menghadapi Peperiksaan Subjek Bahasa Arab Tinggi SPM di 3 buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail di Dungun, Sekolah Menengah Agama Al-Falah di Kemaman dan Sekolah Menengah Agama Marang di Marang.


Para pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan kertas I dan II, membuat ulangkaji ekspres dalam pelajaran nahu, saraf, balaghah serta dibekalkan dengan teknik-teknik ulangkaji terakhir sebelum peperiksaan.


Pintu masuk Sekolah Menengah Agama Marang


Respon yang diterima adalah amat menggalakkan. Ramai pelajar gembira dapat mengulangkaji pelajaran bahasa Arab secara cepat dan menyeluruh dalam sehari berkursus. Mereka lebih gembira lagi kerana lebih memahami teknik bagaimana untuk berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan tanpa mengorbankan markah soalan-soalan mudah.


Para pelajar berbincang dalam kumpulan.


Pada awal kursus para pelajar diminta mengklasifikasikan diri mereka, sama ada terdiri dalam kategori 1, 2, 3 atau 4. Ramai berpendapat mereka terdiri daripada katagori 2 dan 3. Terdapat beberapa pelajar yang mengkategorikan diri mereka dalam kumpulan 1 dan 4.



Pelajar lelaki begitu gembira berkursus, ada nampak riak keyakinan pada wajah mereka.


Sedutan awal kertas kerja mengenai kategori-kategori ini, adalah seperti berikut;


  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar bahasa Arab dengan bersungguh-sungguh dan berjaya menguasai sebahagian besar intipati pelajaran, modul ini akan membantu menjadikan anda seorang yang sangat cemerlang.

  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar secara bersunguh-sungguh tetapi tidak dapat menguasainya dengan baik, modul ini akan membantu anda dengan memberikan beberapa fokus untuk ditekuni ketika peperiksaan dan mendapatkan markah yang baik.

  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar secara ala kadar sahaja, modul ini akan cuba membantunya mengelakkan kegagalan yang bersifat total.

  1. Jika sebelum ini, anda tidak pernah belajar dan tidak pernah ada kemahuan untuk belajar, SUKAR bagi modul ini atau mana-mana modul lain untuk membantu anda dalam tempoh beberapa hari terakhir sebelum SPM.

Entah apa sebab mereka begitu geli hati...

Walau apa pun keadaan anda sebelum ini, Insya Allah, anda masih boleh mencapai kejayaan...



Belajar rajin-rajin yer!


Pandangan kami secara peribadi, setelah bercakap dengan para ustaz dan ustazah yang telah mendampingi para pelajar selama ini, terdapat tanda kesungguhan yang baru dalam diri para pelajar selepas tamat kursus. Mereka rasa mereka sempat mencapai target dengan teknik ulangkaji yang kami dedahkan. Mereka sanggup membuat pecutan akhir untuk subjek bahasa Arab Tinggi ini dan mereka yakin BOLEH! Masih sempat membuat persediaan akhir dan masih sempat menguasai serba sedikit kekurangan diri. Semoga semua pelajar dapat mencapai target yang mereka tetapkan untuk diri mereka dalam peperiksaan nanti.


Inilah senyuman yang kita harapkan selepas keputusan SPM diumumkan... Insya Allah.


Mudir Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Ustaz Aziz memandang anak-anak didiknya dengan penuh harapan untuk melihat kejayaan mereka.


Kami doakan kejayaan untuk kalian semua.

Pengunjung