Thursday, March 11, 2010

Program Bagaimana Saya Mempersiapkan Diri Untuk Berjaya Dalam Bahasa Arab Di SMKA Wataniah



Para pelajar sedang memberi perhatian kepada pembentangan.


PPPi telah mengadakan satu program di Sekolah Kebangsaan Agama Wataniah, Besut pada 1 Mac baru-baru ini atas jemputan pihak sekolah melalui Kaunselor, Ustaz Wan Mohd Noor bin Wan Abdul Rahim.


Bersama Puan Pengetua, Umi Pn Hjh. Che Dayang bt. Che Sulaiman

Bersama Ustaz Wan Mohd Nor yang berada di tengah.

Program selama sehari ini disertai oleh lebih 260 orang peserta daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 menggabungkan beberapa aktiviti seperti motivasi belajar, teknik-terknik belajar, latihan asas bahasa Arab, tayangan filem dan pembentangan ringkas oleh para pelajar.

Para pelajar cuba menjiwai modul yang diterapkan.





Sesi temuduga terbuka dalam bahasa Arab... Nampaknya begitu ceria pelajar ini menjawab soalan Ustaz Zul.






Membuat kerja dalam kumpulan... Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing.

Program dikendalikan oleh dua moderator PPPi iaitu Ustaz Zakaria Ismail dan Ustaz Zulkhairi bin Ngah bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.45 petang.

PPPi berharap para pelajar akan terus meningkatkan usaha menguasai subjek bahasa Arab kerana subjek tersebut sangat mudah dan menyeronokkan.

Mudah dan menyeronokkan bukan bermaksud tak perlu berusaha langsung, tetapi bermaksud berusaha untuk mengusai bahasa Arab itu adalah mudah dan menyeronokkan.

Anda tak percaya… Tanyalah para peserta kita.

Disiarkan beberapa gambar semasa program, Alhamdulillah.

Sebahagian guru yang turut sama memantau perjalanan program.

Ustaz Zakaria ceria menemui Ustazah Norzah yang pernah mengajar beliau di SMKA Sheikh Abdul Malek pada awal 90an.



عقد مركز تنمية إيجابيات الإنسان السليم برنامج "كيف نعد أنفسنا للنجاح في مادة اللغة العربية" بالمدرسة الدينية الثانوية الوطنية على دعوة الأستاذ وان محمد نور بن وان عبد الرحيم، مستشار المدرسة.


Ustaz Wan sangat komited memantau perjalanan program sehingga turut "berkampung" di dewan sekolah semasa program.

Sesi pembentangan oleh para pelajar.



Begitu bersungguh-sungguh membuat persediaan... Ada ciri-iri orang yang cemerlang.



Suasana dalam dewan.

وعقد البرنامج في يوم واحد حيث اشترك فيه أكثر من مائتين وستين طالبا من السنة الأولى والثانية وكانوا يشتركون في شتى النشاطات اللغوية من الاستماع إلى كلمات التشجيع والتعرف إلى تقنيات التعلم المؤثروالقيام بتدريبات اللغة الأساسية ومشاهدة الأفلام القصيرة وإجراء التقديمات من قبل الطلبة .

والبرنامج أداره الأستاذ زكريا بن اسماعيل والأستاذ ذوالخيري بن غه، مشرفا المركز من الساعة الثامنة صباحا إلى قبيل الساعة الخامسة.

ويرجو المركز أن يضعّف الطلبة اجتهاداتهم في سبيل استيعاب مادة اللغة العربية لأنها مادة سهلة ممتعة.

وكون مادة اللغة العربية مادة سهلة ممتعة لا يعني أننا لا نبذل أدنى جهد في سبيل استيعابها ولكننا نجد طرق استيعابها سهلة ممتعة.

أفلا توقنون بهذا الخبر العجيب؟ ... اسألوا مشتركي البرنامج أنفسهم، تجدوا الإجابة، إن شاء الله.

وههنا بعض الصور.
Bahasa Arab tidaklah sesukar yang disangka.


Jumpa lagi SMKA Wataniah. Ila al-Liqa'!

Pengunjung