Friday, January 21, 2011

Monday, January 17, 2011

Terjemahan Buku Teks Tingkatan 5, ms 4 - I’jaz Ilmi (Mu’jizat Sains) di dalam al-Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang dibaca. Sedangkan alam semesta pula adalah bukti keesaan Allah yang dapat dilihat. Kita diperintahkan untuk meneliti ayat-ayat Allah yang mulia serta tanda-tanda kebesaran Allah dengan menggunakan akal, fikiran dan perasaan kita dalam usaha memahami makna dan maksud yang dikehendaki daripada ayat-ayat tersebut. Sehinggalah hati dan perasaan kita menjadi tenang. Kitab al-Quran al-Karim adalah kitab yang diturunkan oleh Tuhan Semesta Alam dan sebagai hujjah kepada aqal rasional manusia. Orang yang membaca al-Quran dengan penuh tadabbur akan melihat banyak penemuan-penemuan moden telah pun diisyaratkan oleh al-Quran sebelum penemuan itu berjaya ditemui oleh manusia.

Jika kita membuat pengiraan 2 kalimah di dalam al-Quran, iaitu al-Bahr bermaksud lautan dan al-Barr bermaksud daratan, kita akan dapati kalimah al-Bahr disebut sebanyak 33 kali dan kalimah 12 kali.

Jumlah 2 kalimah ini –selepas dicampurkan – ialah 45 kali.

33/45 bersamaan dengan 73.33 peratus. 12/45 bersamaan 26.67 peratus. Ini adalah bertepatan dengan penemuan terbaru dalam bidang geografi bahawa air bersamaan dengan atau mewakili hampir 3/4 daripada keseluruhan bumi.
Dibawah ini ialah jadual ringkas mengenai beberapa perkataan lain yang disebut di dalam al-Quran.

Mengenai perkataan yaum bermaksud hari, ia telah disebut sebanyak 365 hari. Ini adalah bersamaan jumlah hari dalam kalendar matahi. Begitu juga dengan perkataan syahr bermaksud bulan, ia disebut sebanyak 12 kali iaitu bersamaan dengan jumlah bulan dalam setahun mengikut kalendar hijrah dan masihi.

Perbandingan ini adalah merupakan fakta-fakta sains yang telah ditunjukkan oleh al-Quran. Ia bukan ciptaan manusia tetapi ia adalah diturunkan daripada sisi Allah yang Maha Tinggi. Oleh itu, sewajarnyalah kita merasa tamak untuk membaca al-Quran dengan tadabbur dan merujuk kembali kepada al-Quran dalam pelbagai bidang.

Sunday, January 16, 2011

3 Sekolah Popular Masakini - Satu Kritikan Sosial Yang tajam

Dr. Taufiq al-Wa’ie menulis artikel yang sangat menarik dalam majalahAl-Mujtama’ tentang 3 sekolah popular masakini yang mempunyai jurusan khas.

Artikel ni adalah satu kritikan sosial yang tajam. 3 orang nak buat sekolah yang popular dan banyak untung.Jurusan sekolah pertama sekolah hipokrasi, sekolah kedua pemimpin penuh strategi manipulasi dan sekolah ketiga ialah sekolah mengajar mencari jalan selamat... Ketiga-tiga cadangan timbul kerana penyakit jahil,hipokrasi dan budaya diktator yang menguasai masyarakat.

Mukaddimahnya berbunyi, “Alangkah indahnya mutiara kata yang berbunyi, ‘Apa yang dilakukan oleh musuh ke atas orang yang jahil ialah apa yangdibuat sendiri oleh si Jahil itu kepada dirinya’. Bala yang menimpa sesuatu kaum itu puncanya lahir daripada diri mereka sendiri. Sesuatu ummat tidak mampu membuat secebis perubahan pun melainkan dia telah mengubah keadaan dirinya daripada aspek sanggup menerima fakta yang benar sebagai sebuah kebenaran dan fakta yang salah sebagai sebuah kesalahan. Seperti dia tidak ragu tentang siang sebagai siang dan malam sebagai malam.


Perkataan yang sarat dengan kebenaran tetap menjadi sasaran celaan orang, jika keputusan dibuat bersandarkan kepada kejahilan."

لله در القائل: «ما يفعل الأعداء من جاهل ما يفعل الجاهل من نفسه».. إن أساس بلاء الشعوب من أنفسها، ولن تستطيع أن تغيِّر الأمم شيئاً إلا إذا غيَّرت نفسها، حتى ترى الصواب صواباً والخطأ خطأً، والنهار نهاراً، والليل ليلاً، فقد يُعاب القول الصحيح إذا كان الجهل هو سيد الموقف

Artikel penuh di sini.

Sunday, January 9, 2011

Jalan Pintas Mencapai Kejayaan

تريد النجاح؟ تعلم من الخبراء

Untuk versi bahasa Melayu, klik di sini.

الرجل الحكيم الذي قضى أكثر من خمسين عاما في دراسة أسرار النجاح – بريان تراسي - وصل أخيرا إلى هذه الخلاصة الرائعة. لماذا؟

لأن الخبير يعرف بدقة عن الطرق الموصلة إلى النجاح نتيجة لخبراته الطويلة في ميدان من ميادين الحياة. أما المبتدئ الذي في أولى خطواته في ذلك الميدان فإن الطرق بالنسبة إليه مليئة بالأشواك والتخمينات حيث لا عهد له بما سيواجهه من الصعوبات والمحن في سبيل تحقيق مراده.

إذا نظرنا إلى ناحية رسم الأهداف فالخبير يعرف تماما عن الأهداف التي يسعى إليها ويعرف تماما عن الأثمان والتضحيات التي يحتاج إليها في سبيل تحقيق تلك الأهداف. وهو يعرف تماما كيف يستعد لمواجهة الصعوبات والمحن التي قد تحول بينه وبين النجاح المطلوب.

وأما بالنسبة إلى حسن استعمال الوقت، فالخبير الناجح ينظم أوقاته تنظيما دقيقا يستطيع بذلك أن يحقق أهدافه المرسومة في الوقت المحدد لها، وأما الإنسان العادي من غير ذوي الخبرة فإنه يسيء استخدام أوقاته ولا ينظمه تنظيما صحيحا لقصر خبراته في ذلك الميدان فيتجاوز حدود الوقت المحدد بكل سهولة.

إذن تعلم من الخبراء وتنتفع من خبراتهم الطويلة في ميادينهم المتخصصة، تكن خبيرا مثله في أقصر وقت وتستطيع أن تتجنب عن المحاولات الفاشلة التي قد مر بها الخبير أعواما قبل ذلك وتركز على محاولات أخرى ناجحة.

وكان الرسول صلى الله عليه وسلم يعطينا هذه الفكرة عندما يقول "الحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق الناس بها"


ا

Tuesday, January 4, 2011

Memahami Konsep Pembelajaran Bahasa Arab Peringkat Awal

1. Konsep bahasa Arab. Bahasa itu berasal daripada bunyi suara. Bunyi suara yang tertentu diwakili oleh huruf yang tertentu. Bunyi daripada Huruf-huruf yang digabungkan dan mempunyai makna dalam sesuatu bahasa itu disebut perkataan. Perkataan-perkataan yang digabungkan bagi memberikan suatu maksud tertentu disebut sebagai ayat. Suara ialah الصوت, perkataan الكلمة ialah dan ayat ialah الجملة .

2. Konsep pembelajaran bahasa Arab diperingkat PMR dan SPM...selanjutnya, klik di sini.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun baru

Tahun 2010 telah berlalu, kita ucapkan selamat inggal kepadanya buat selama-lamanya. Tahun baru 2011 baru bermula. Kami harapkan tahun baru ini membawakan kasih sayang, tuah, harapan dan amal yang soleh.

Buatlah azam baru atau barukanlah azam lama, baru kita tahu usaha dan kesungguhan yang diperlukan untuk mencapainya.

Lihat versi arab di sini.

Pengunjung