Friday, December 16, 2011

Kursus 10 Hari Ajaib Menguasai Asas Bahasa Arab PMR

 

Alhamdulillah, Kursus 10 Hari Ajaib Menguasai Asas Bahasa Arab untuk calon-calon PMR pada tahun depan (2012) telah berlangsung dengan jayanya selama 10 hari di tempat baru ISC di rumah bersebelahan Masjid Jami' Pengadang Baru.  

Seramai 12 peserta menyertai kursus ini, di mana mereka begitu gembira dapat memahami beberapa pendedahan baru tentang ilmu bahasa Arab bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab mereka. (Komen para peserta, Insya Allah akan dipostkan semula).

Para peserta telah dilatih menggunakan kamus secara intensif, berbual secara shafawi, membaiki hafazan asas-asas nahu dan membuat ayat-ayat mudah dalam bahasa Arab.

Apa yang diperlukan seterusnya oleh mereka ialah untuk mereka meneruskan rutin harian mereka semasa kursus iaitu; teruskan bercakap dalam bahasa Arab, memantapkan hafazan dengan penggunaan dalam ayat dan terus berkawan dengan kamus!

Tahniah kepada semua peserta. Berikut adalah beberapa gambar kenangan. 



Suasana pembelajaran.

Setiap orang disibukkan dengan tugasan.

Adli berusaha mendapatkan jawapan yang betul dengan meningkatkan  kebolehan berfikir.

Macam dilukis.


Latihan menggunakan papan putih.


Posing sebelum majlis.
 


Afiq menerima sijil.

Muadz.

Amsyar
Amin

Khairuddin.

Fatin.


Syafiqah.

Aimi Syafiqah. 

Maryam.


Iskandar

Adib.

Kenangan bersama Ustaz Zakaria.
 

Peserta yang ingin dapatkan gambar dalam saiz yang lebih besar, sila emel pada kami.

Pengunjung