Tuesday, December 30, 2008

11 Pelajar SPM menamatkan Kursus

Pada 25 Disember 2008, 11 pelajar SPM pun menamatkan kursus. Kursus untuk SPM berhasrat unuk memantapkan semula asas-asas bahasa Arab yang telah lama dipelajari. Hanya dengan menguasai semula asas-asas tersebut, barulah mereka mampu belajar silibus SPM dengan mudah dan teratur. Tahniah untuk mereka semua!





Aminah Abdul Karim. Pelajar daripada SMKA Tok Jiring (Sementojie) ini adalah sangat pro aktif dalam mendalami bahasa Arab. Sikap beliau yang suka berbincang, menerang dan merenung semula berjaya memantapkan kefahaman beliau. Ini menambahkan keyakinan. Harapan kami, beliau akan terus maju jaya!

Ummu Aiman Zainuz Zaman. Walaupun tajuk-tajuk yang dipelajari agak banyak dan dipelajari secara ekspres, namun Ummu Aiman menunjukkan bahawa dia tetap fokus untuk menguasai bahasa Arab. Tak apa boleh mengulang semula semua tajuk secara perlahan-perlahan sebab anda sudah nampak 'big picture' tajuk-tajuk tersebut.

Fatin Izzati Mohd Fakri daripada SMA Khairiyyah telah berjaya menguasai asas-asas bahasa Arab dengan baik. Ini akan memudahkannya untuk menguasai tajuk-tajuk lanjutan dalam SPM. Belajar ni, tak payah takut-takut Fatin... Bila kita dah yakin dengan kefahaman kita, buangkan takut-takut tu jauh-jauh.

Syahirah Sulaiman kadang-kadang merasa terperangkap dalam kepelbagaian istilah dan hukum bahasa Arab. Pada akhir kursus kami dapati beliau berjaya keluar daripada kekeliruan istilah dan hukum Nahu dengan jayanya. Ini tanda dah nak pandai lah tu, tapi jangan hilang fokus pulak...

Nurul Atiqah Zulkepli daripada SMA Kampung Laut mampu menguasai tajuk-tajuk Nahu dengan cepat. Jika dibiasakan membuat latihan membuat ayat dan karangan, penguasaan beliau akan bertambah mantap.

Faizuddin Mustaffa. Walaupun demam selama beberapa hari, beliau terus kental untuk meneruskan kursus. Teruskan fokus kepada asas-asas nahu yang mudah, nanti anda akan cepat menguasai taju-tajuk lanjutan.


Mohd Akmal Rosidi daripada Sekolah Menengah Agama Durian Guling. Beliau dilantik sebagai ketua kelas oleh kawan-kawannya. Dengan latihan yang berterusan dan sistematik, beliau boleh cemerlang dalam bahasa Arab. Disamping itu, teruskan latihan suara, baca dengan kuat dan betul.

Ahmad Zul Arfi Mohd Amri, seorang daripada kembar yang menyertai kursus. Beliau menyertai kursus dalam keadaan ragu adakah betul beliau mampu menguasai bahasa Arab? Pada penghujung kursus, beliau dapati dirinya ada potensi tinggi untuk menguasai bahasa Arab.

Ahmad Zul Majdi Mohd Amri. Beliau adalah kembar kepada Zul Arfi. Kedua-duanya mempunyai wajah yang hampir-hampir sama begitu juga dengan tahap penguasaan bahasa Arab yang hampir sama. Jika dapat bergabung dengan baik dalam belajar bahasa Arab, mereka akan lebih cepat menguasainya.


Ali bin Abdul Karim. Tingkatan 4 tahun 2009. Ikon terkenal sepanjang kursus. Beliau cepat faham sesuatu yang diajar dengan sebutan yang baik juga, tetapi cepat hilang fokus pada kebanyakan masa. Jika Ali mula berlatih memberikan tumpuan dalam latihan, dia mungkin akan terkejut melihat pencapaian dirinya.

Mohd Afiq Zulkepli daripada SMA Kampung Laut. Bermula sebagaipelajar yang agak malu-malu tetapi berakhir dengan cemerlang. Jika terus berusaha membiasakan diri dengan hukum-hukum nahu dan saraf melalui perbincangan dan latihan, tidak ada masalah untuk dapat A dalam SPM.


Ahmad Helmi Ahmad Suhaimi daripada SMA Sultan Zainal Abidin Ladang. Beliau banyak memberi perhatian dalam kelas dan banyak berfikir. Lebih baik lagi kalau beliau turut aktif dalam perbincangan dan latihan. Ini untuk memastikan kefahaman kita benar-benar teruji kukuh melalui latihan dan perbincangan. Kami kira keyakinannya semakin bertambah dan meningkat sepanjang kursus ini. Selamat maju jaya!

Tiga lagi pelajar PMR menamatkan kursus


Tiga orang pelajar yang terlambat menyertai kursus, diberikan masa gantian pada akhir sessi biasa dan tambahan beberapa hari belajar. Alhamdulillah, akhirnya mereka mendapat sijil tamat kursus pada 23 Disember dan 24 Disember 2008.


Shahirah Amalina dan Norafifah Hasni menerima sijil daripada Ustaz Zakaria pada 24 Disember 2008. Dua orang pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek ini dapat menguasai dengan baik teknik yang diajarkan di dalam kursus.


Aminah Abdul Karim daripada Sekolah Menengah Agama Kampung Laut tamat kursus pada 23 Disember 2008. Tahun 2009, beliau baru masuk tingkatan 2. Walaupun begitu, Aminah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Saturday, December 20, 2008

Beberapa gambar Hari Tamat Kursus PMR dan Pembahagian Sijil Kepada Peserta Terlibat

Minta maaf pasal tak sempat nak buat berita penuh lagi. Hanya disertakan beberapa gambar untuk tatapan.

Menutup majlis dengan bersalaman. Majlis turut diserikan oleh pelajar SPM yang masih ada seminggu lagi masa untuk belajar.

Membaca sijil yang bertulis bahasa Arab secara beramai-ramai.

Saudara Sayed Taqiyyuddin menerima sijil daripada Ustaz Zakaria. Pelajar Sekolah Agama Ladang ini mempunyai potensi tinggi dalam pelajaran bahasa Arab.

Saudari Raihanah, satu-satunya pelajar perempuan yang mendapat sijil pada 19 Disember 2009. Kalau nak lawan bercakap Arab, saudari kita ini bersedia bila-bila masa... Betul tak?

Saudara Basyir, walaupun merupakan pelajar tingkatan 2 tahun 2009, tapi prestasi dalam kelas amat baik.

Saudara Umar Farouq begitu terharu menerima sijil... Sampai tak terkata apa-apa.. Harap Umar akan menjadi pelajar bahasa Arab terbaik di sekolahnya, tapi kena bercakap kuat sikit.


Pelajar pertama menerima sijil, saudara Ahmad Faiz. Tahniah! Faiz ini kena jadi pelajar terbaik bahasa Arab PMR Sekolah Sheikh Abdul Malek. Kalau bukan terbaik pun, nombor 4 terbaik... Itu janji dia dengan ustaz.


Ustaz Syamsuddin memberikan kata-kata motivasi kepada para pelajar dalam majlis tamat kursus peserta PMR.

Ustaz Syamsuddin sedang menerangkan tentang jumlah fi'liyyah kepada para peserta SPM.


Suasana ceria semasa kursus. Tentu ada sesuatu yang menarik antara Ustaz Zakaria dan para peserta kursus PMR, semua tersenyum aje...

Wednesday, December 10, 2008

Kursus Intensif SPM bermula pada Isnin 15 Disember 2008



Peluang terakhir untuk menyertai Kursus Intensif Pemantapan Bahasa Arab SPM (KIPBA'SPM'09) tinggal beberapa hari saja lagi. Kursus akan segera bermula pada 15 Disember iaitu hari Isnin.


(Makluman : Jadual asal ialah pada hari Ahad 14 Disember, namun tarikh dianjakkan sehari kerana pada hari Ahad, ada satu temuduga besar-besaran untuk kemasukan ke tingkatan satu di sekolah-sekolah agama Negeri yang diadakan di SMAASZA. Ini bagi mengelakkan ketidak-selesaan para peserta dan ibu bapa mereka.)

Jika ada yang berfikir bahasa Arab bukan pelajaran kritikal untuk SPM, mereka perlu melihat kadar kegagalan dalam pelajaran ini mungkin akan menyebabkan pencapaian keseluruhan SPM sedikit kurang 'cantik'. Jika kita memandang lebih jauh, kemahiran berbahasa selain daripada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris mungkin mempunyai merit yang tersendiri dalam dunia kerjaya masa hadapan.

Apa pun bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran, bahasa pengantar ilmu-ilmu Islam dan bahasa yang sangat menarik untuk dipelajari dan diperhalusi.

Seperkara lagi, ia tidak sesukar yang digambarkan oleh kebanyakan orang. Dengan teknik yang betul, ia cukup mudah kepada orang yang ada sedikit minat.

Kursus ini akan membantu peserta memperkemaskan semula asas-asas bahasa Arab mereka sebelum menjurus kepada tajuk-tajuk SPM secara langsung.

Maklumat lanjut Kursus boleh dilihat dalam posting di bawah.

Pengunjung