Thursday, August 30, 2012

Penyampaian Sijil Kelas Bahasa Arab Dewasa


9 Julai - Seramai 15 pelajar Kelas Bahasa Arab Asas Dewasa telah tamat pengajian tahap 1, di mana pengajian mereka telah berjalan selama 4 bulan disertai dengan latihan praktikal dan peperiksaan bertulis.

Pembahagian sijil tamat kelas Bahasa Arab Asas Tahap 1 di Raudhah at-Tholibeen, disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Zuki Wan Ismail, penceramah agama meningkat naik di Terengganu dan guru agama di sebuah sekolah swasta.

Semua pelajar telah menjalani peperiksaan akhir dan lulus cemerlang dengan 2
orang pelajar mencapai markah penuh 100 peratus, iaitu Tuan Haji Muhd bin Abdullah dan Saudara Habibuddin.

Walaupun kebanyakannya dah berusia, semua peserta berjaya mengingati beberapa istilah teknikal ilmu saraf asas selain daripada membina 300 kosa kata asas.

Paling berusia Haji Syarif Mahat, 71 tahun. Tahniah kepada semua.

Majlis diakhiri dengan jamuan yang berwarna warni disediakan oleh para pelajar sendiri khususnya pelajar perempuan.

Syukran Wa Ila al-Liqa'.



Ketua Kelas sedang berucap merangkap pengerusi majlis.

Sebahagian peserta.


Wakil pelajar perempuan berucap.

Ustaz Zakaria memberikan kata-kata akhir.

Al-Fadhil Ustaz Wan Zuki merasmikan Majlis Penyampaian Sijil.












 

Sedikit cenderahati untuk perasmi.

Pengunjung