Wednesday, February 16, 2011

Memahami Komponen-Komponen Nahu Dalam Sesuatu Struktur Ayat

Dalam bahasa Arab, sesuatu ayat (جملة) adalah terdiri daripada perkataan-perkataan (كلمات). Setiap perkataan dalam sesuatu ayat mesti mempunyai komponen nahu yang dimainkan dalam ayat tersebut. Dan setiap komponen Nahu itu pula mempunyai Hukumnya yang tersendiri. Setiap Hukum Nahu pula mempunyai alamat atau tanda-tanda khusus bagi menunjukkan bahawa komponen Nahu tersebut telah pun menerima hukum Nahu yang dikenakan ke atasnya. Oleh itu, sesuatu Hukum Nahu – biasanya - hanya timbul apabila sesuatu perkataan itu berada dalam satu ayat.

Kesimpulannya setiap perkataan dalam ayat mempunyai 3 pertimbangan Nahu;

1. Komponen Nahu yang dimainkan dalam ayat.

2. Hukum Nahu terhadap komponen tersebut.

3. Alamat atau tanda Nahu bagi perkataan tersebut.

Terdapat banyak Komponen Nahu dalam bahasa Arab, contoh mudah bagi komponen Nahu ini ialah Mubtada’ المبتدأ - , Khabar الخبر - , Faa’il الفاعل - , Fi’il Mudhari’ الفعل المضارع - dan lain-lain.


Hukum Nahu pula ada empat, iaitu Raf’unرفع - , Nashbunنصب - , Jarrun -جرdan Jazmun -جزم . Di mana kalimah yang dikenakan sesuatu hukum tersebut disebut sebagai yang berikut (atas wazan isim maf’ul – اسم المفعولyang akan kita bincangkan kemudian);


1. Raf’un رفع = Marfu’ مرفوع

2. Nasbun نصب = Manshubمنصوب

3. Jarrun جر = Majrur مجرور

4. Jazmun جزم = Majzum مجزوم


Tanda-tanda Nahu pun ada banyak, kita sebutkan dulu yang tanda yang paling asas iaitu;


1. Dhammah ضمة bagi kalimah yang marfu’.

2. Fathahفتحة bagi kalimah yang manshub.

3. Kasrah كسرة bagi kalimah yang majrur.

4. Sukun سكون bagi kalimah yang majzum.


Contohnya, ayat berikut;

محمدٌ طالبٌ

Muhammad ialah seorang pelajar.

محمد - Memainkan komponen Mubtada’, hukum kalimah bagi komponen mubtada’ ialah marfu’ dan tandanya ialah baris dhammah.

طالب Memainkan peranan Khabar, hukum kalimah bagi komponen Khabar ialah marfu’ dan tandanya ialah dhammah.

Saturday, February 5, 2011

Berita BBC dalam bahasa Arab


The British Broadcasting (BBC) turut mempunyai siaran berita dalam bahasa Arab dengan nama BBC Arabic. Klik di sini untuk ke sana.



Pengunjung