Wednesday, January 14, 2009

Tuisyen Bahasa Arab

Ada permintaan daripada beberapa orang pelajar yang menyertai kursus agar pihak kami mengadakan tuisyen bahasa Arab untuk PMR dan SPM. Ini berikutan daripada prestasi yang agak menurun dalam keputusan PMR baru-baru ini.

Pihak kami sedang menimbang dengan teliti cadangan tersebut.

Besar kemungkinan, jika kelas tuisyen bakal dijalankan ia akan bermula pada bulan Februari 2009, di pejabat kami di Pulau Kambing dengan yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran bulanan sebanyak RM 20. Kami memerlukan lebih ramai pelajar untuk membolehkan kami memulakan kelas.

Jika anda turut berminat untuk menyatakan maklum balas terhadap cadangan ini, anda boleh menghantar emel di insanberpotensi@yahoo.com atau terus menelefon pihak kami. Ini untuk membolehkan kami menilai adakah program tuisyen tersebut berdaya maju atau sebaliknya.




Tuesday, December 30, 2008

11 Pelajar SPM menamatkan Kursus

Pada 25 Disember 2008, 11 pelajar SPM pun menamatkan kursus. Kursus untuk SPM berhasrat unuk memantapkan semula asas-asas bahasa Arab yang telah lama dipelajari. Hanya dengan menguasai semula asas-asas tersebut, barulah mereka mampu belajar silibus SPM dengan mudah dan teratur. Tahniah untuk mereka semua!





Aminah Abdul Karim. Pelajar daripada SMKA Tok Jiring (Sementojie) ini adalah sangat pro aktif dalam mendalami bahasa Arab. Sikap beliau yang suka berbincang, menerang dan merenung semula berjaya memantapkan kefahaman beliau. Ini menambahkan keyakinan. Harapan kami, beliau akan terus maju jaya!

Ummu Aiman Zainuz Zaman. Walaupun tajuk-tajuk yang dipelajari agak banyak dan dipelajari secara ekspres, namun Ummu Aiman menunjukkan bahawa dia tetap fokus untuk menguasai bahasa Arab. Tak apa boleh mengulang semula semua tajuk secara perlahan-perlahan sebab anda sudah nampak 'big picture' tajuk-tajuk tersebut.

Fatin Izzati Mohd Fakri daripada SMA Khairiyyah telah berjaya menguasai asas-asas bahasa Arab dengan baik. Ini akan memudahkannya untuk menguasai tajuk-tajuk lanjutan dalam SPM. Belajar ni, tak payah takut-takut Fatin... Bila kita dah yakin dengan kefahaman kita, buangkan takut-takut tu jauh-jauh.

Syahirah Sulaiman kadang-kadang merasa terperangkap dalam kepelbagaian istilah dan hukum bahasa Arab. Pada akhir kursus kami dapati beliau berjaya keluar daripada kekeliruan istilah dan hukum Nahu dengan jayanya. Ini tanda dah nak pandai lah tu, tapi jangan hilang fokus pulak...

Nurul Atiqah Zulkepli daripada SMA Kampung Laut mampu menguasai tajuk-tajuk Nahu dengan cepat. Jika dibiasakan membuat latihan membuat ayat dan karangan, penguasaan beliau akan bertambah mantap.

Faizuddin Mustaffa. Walaupun demam selama beberapa hari, beliau terus kental untuk meneruskan kursus. Teruskan fokus kepada asas-asas nahu yang mudah, nanti anda akan cepat menguasai taju-tajuk lanjutan.


Mohd Akmal Rosidi daripada Sekolah Menengah Agama Durian Guling. Beliau dilantik sebagai ketua kelas oleh kawan-kawannya. Dengan latihan yang berterusan dan sistematik, beliau boleh cemerlang dalam bahasa Arab. Disamping itu, teruskan latihan suara, baca dengan kuat dan betul.

Ahmad Zul Arfi Mohd Amri, seorang daripada kembar yang menyertai kursus. Beliau menyertai kursus dalam keadaan ragu adakah betul beliau mampu menguasai bahasa Arab? Pada penghujung kursus, beliau dapati dirinya ada potensi tinggi untuk menguasai bahasa Arab.

Ahmad Zul Majdi Mohd Amri. Beliau adalah kembar kepada Zul Arfi. Kedua-duanya mempunyai wajah yang hampir-hampir sama begitu juga dengan tahap penguasaan bahasa Arab yang hampir sama. Jika dapat bergabung dengan baik dalam belajar bahasa Arab, mereka akan lebih cepat menguasainya.


Ali bin Abdul Karim. Tingkatan 4 tahun 2009. Ikon terkenal sepanjang kursus. Beliau cepat faham sesuatu yang diajar dengan sebutan yang baik juga, tetapi cepat hilang fokus pada kebanyakan masa. Jika Ali mula berlatih memberikan tumpuan dalam latihan, dia mungkin akan terkejut melihat pencapaian dirinya.

Mohd Afiq Zulkepli daripada SMA Kampung Laut. Bermula sebagaipelajar yang agak malu-malu tetapi berakhir dengan cemerlang. Jika terus berusaha membiasakan diri dengan hukum-hukum nahu dan saraf melalui perbincangan dan latihan, tidak ada masalah untuk dapat A dalam SPM.


Ahmad Helmi Ahmad Suhaimi daripada SMA Sultan Zainal Abidin Ladang. Beliau banyak memberi perhatian dalam kelas dan banyak berfikir. Lebih baik lagi kalau beliau turut aktif dalam perbincangan dan latihan. Ini untuk memastikan kefahaman kita benar-benar teruji kukuh melalui latihan dan perbincangan. Kami kira keyakinannya semakin bertambah dan meningkat sepanjang kursus ini. Selamat maju jaya!

Tiga lagi pelajar PMR menamatkan kursus


Tiga orang pelajar yang terlambat menyertai kursus, diberikan masa gantian pada akhir sessi biasa dan tambahan beberapa hari belajar. Alhamdulillah, akhirnya mereka mendapat sijil tamat kursus pada 23 Disember dan 24 Disember 2008.


Shahirah Amalina dan Norafifah Hasni menerima sijil daripada Ustaz Zakaria pada 24 Disember 2008. Dua orang pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek ini dapat menguasai dengan baik teknik yang diajarkan di dalam kursus.


Aminah Abdul Karim daripada Sekolah Menengah Agama Kampung Laut tamat kursus pada 23 Disember 2008. Tahun 2009, beliau baru masuk tingkatan 2. Walaupun begitu, Aminah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Saturday, December 20, 2008

Beberapa gambar Hari Tamat Kursus PMR dan Pembahagian Sijil Kepada Peserta Terlibat

Minta maaf pasal tak sempat nak buat berita penuh lagi. Hanya disertakan beberapa gambar untuk tatapan.

Menutup majlis dengan bersalaman. Majlis turut diserikan oleh pelajar SPM yang masih ada seminggu lagi masa untuk belajar.

Membaca sijil yang bertulis bahasa Arab secara beramai-ramai.

Saudara Sayed Taqiyyuddin menerima sijil daripada Ustaz Zakaria. Pelajar Sekolah Agama Ladang ini mempunyai potensi tinggi dalam pelajaran bahasa Arab.

Saudari Raihanah, satu-satunya pelajar perempuan yang mendapat sijil pada 19 Disember 2009. Kalau nak lawan bercakap Arab, saudari kita ini bersedia bila-bila masa... Betul tak?

Saudara Basyir, walaupun merupakan pelajar tingkatan 2 tahun 2009, tapi prestasi dalam kelas amat baik.

Saudara Umar Farouq begitu terharu menerima sijil... Sampai tak terkata apa-apa.. Harap Umar akan menjadi pelajar bahasa Arab terbaik di sekolahnya, tapi kena bercakap kuat sikit.


Pelajar pertama menerima sijil, saudara Ahmad Faiz. Tahniah! Faiz ini kena jadi pelajar terbaik bahasa Arab PMR Sekolah Sheikh Abdul Malek. Kalau bukan terbaik pun, nombor 4 terbaik... Itu janji dia dengan ustaz.


Ustaz Syamsuddin memberikan kata-kata motivasi kepada para pelajar dalam majlis tamat kursus peserta PMR.

Ustaz Syamsuddin sedang menerangkan tentang jumlah fi'liyyah kepada para peserta SPM.


Suasana ceria semasa kursus. Tentu ada sesuatu yang menarik antara Ustaz Zakaria dan para peserta kursus PMR, semua tersenyum aje...

Wednesday, December 10, 2008

Kursus Intensif SPM bermula pada Isnin 15 Disember 2008



Peluang terakhir untuk menyertai Kursus Intensif Pemantapan Bahasa Arab SPM (KIPBA'SPM'09) tinggal beberapa hari saja lagi. Kursus akan segera bermula pada 15 Disember iaitu hari Isnin.


(Makluman : Jadual asal ialah pada hari Ahad 14 Disember, namun tarikh dianjakkan sehari kerana pada hari Ahad, ada satu temuduga besar-besaran untuk kemasukan ke tingkatan satu di sekolah-sekolah agama Negeri yang diadakan di SMAASZA. Ini bagi mengelakkan ketidak-selesaan para peserta dan ibu bapa mereka.)

Jika ada yang berfikir bahasa Arab bukan pelajaran kritikal untuk SPM, mereka perlu melihat kadar kegagalan dalam pelajaran ini mungkin akan menyebabkan pencapaian keseluruhan SPM sedikit kurang 'cantik'. Jika kita memandang lebih jauh, kemahiran berbahasa selain daripada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris mungkin mempunyai merit yang tersendiri dalam dunia kerjaya masa hadapan.

Apa pun bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran, bahasa pengantar ilmu-ilmu Islam dan bahasa yang sangat menarik untuk dipelajari dan diperhalusi.

Seperkara lagi, ia tidak sesukar yang digambarkan oleh kebanyakan orang. Dengan teknik yang betul, ia cukup mudah kepada orang yang ada sedikit minat.

Kursus ini akan membantu peserta memperkemaskan semula asas-asas bahasa Arab mereka sebelum menjurus kepada tajuk-tajuk SPM secara langsung.

Maklumat lanjut Kursus boleh dilihat dalam posting di bawah.

Wednesday, November 5, 2008

KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON PMR DAN SPM 2009



Update (16 November 2008)

Pendaftaran masih lagi dibuka. Bayaran yuran kursus akan diterima pada hari pertama kelas bermula.

Untuk tempahan tempat sila telefon Ustaz Zakaria di talian 012-985 1494 atau hubungi kami melalui emel bijakkk@yahoo.com



Pendahuluan


Pembelajaran bahasa Arab memerlukan kepada pemahaman asas aspek bahasa, pengayaan kosa kata, penguasaan tatabahasa dan penggunaan praktikal bahasa itu dalam kehidupan seharian. Oleh itu, setiap komponen bahasa perlu digarap agar menjadi saling berkait antara satu sama lain bagi memudahkan penguasaan bahasa tersebut dalam tempoh yang singkat.


Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin akan menganjurkan KURSUS INTENSIF PEMANTAPAN BAHASA ARAB KEPADA BAKAL CALON PMR DAN SPM 2009. Kursus ini akan memakan masa selama 30 jam dalam tempoh 2 minggu cuti sekolah.


Jika anak-anak anda yang sering mengadu tentang kesukaran mempelajari bahasa Arab, inilah peluang keemasan untuk mereka memperkemaskan semula asas bahasa Arab sekali gus membaiki peluang mereka untuk cemerlang dalam subjek itu di dalam PMR dan SPM 2009.



Tempat Kursus


Kursus akan di adakan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu.



Apakah Faedah Yang Bakal Diperolehi Oleh Peserta Kursus?


  1. Asas-asas bahasa Arab peserta akan diperkuatkan secara sistematik.
  2. Peserta akan dilatih tubi dengan kemahiran berbahasa secara praktikal.
  3. Peserta akan ditanamkan dengan motivasi kendiri dalam mempelajari bahasa Arab dan tidak sekali-kali mengalah dalam mencapai cita-cita.
  4. Peserta akan diperkenalkan dengan kaedah mengulangkaji mata pelajaran bahasa Arab secara berkesan.



Tarikh Mula Belajar


30 November – 11 Disember 2008 – Untuk bakal calon PMR 2009

14 - 25 Disember 2008 – Untuk bakal calon SPM 2009

(Pembelajaran adalah selama 3 jam sehari bermula jam 8 Pagi – 11.00 pagi)



Peserta


Jumlah peserta TERHAD kepada 30 peserta PMR dan 30 peserta SPM sahaja.



Yuran Kursus


Yuran Kursus ialah sebanyak RM 150 sahaja.

(Pelaburan anda hanya berharga RM 5 sejam untuk nilai yang sukar dicari ganti)



Bahan Kursus


Bahan kursus merangkumi Fail Kursus, Nota Kursus Edisi Khas, beberapa contoh Soalan PMR atau SPM, sijil kursus dan lain-lain.



Tenaga Pengajar


Tenaga pengajar adalah terdiri daripada konsultan-konsultan terpilih PPPi.



Penampilan Istimewa


Satu slot penampilan istimewa guru bahasa Arab berpengalaman akan menjadikan para peserta lebih fokus untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM 2009.


Selain itu, beberapa pelajar cemerlang bahasa Arab daripada Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) akan bertindak sebagai fasilitator untuk memudahkan pembelajaran melalui rakan sebaya.



DAFTARLAH SEKARANG!!!


Pendaftaran boleh dibuat di pejabat PPPi di;


PUSAT PERKEMBANGAN

POTENSI INSAN SEJAHTERA

No. 9, Tingkat 1, Jalan Hiliran

20300, Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

Tel: 012-9851494 Faks: 09-6314077


Atau dengan menelefon terus Ustaz Zakaria di talian 012-985 1494. Bayaran Pendaftaran hendaklah menggunakan Postal order, Money Order atau Cek atas nama Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera. (Bayaran tunai juga boleh dibuat terus di pejabat PPPi).


Maklumat Tambahan


Penganjur akan menyediakan sarapan ringan pagi pada waktu rehat. Kursus tidak melibatkan penyediaan penginapan.




Tuesday, March 25, 2008

Pameran Sains dan Ko Kuikulum di SMA (A) Sultan Zainal Abidin

السيد داتوء الشيخ هارون بن الشيخ اسماعيل
الأستاذ زكريا بن اسماعيل في كشك PPPi
من الضيوف المحترمين, ومدير المدرسة في المقعد الثاني من اليمين و رئيس مساعدي مدير الإدارة الأستاذ عبد العزيز في آخر اليمين


18 – 19 من مارس – اشترك مركز تطوير الجوانب الإيجابية للإنسان السليم (PPPi) في معرض العلوم والأنشطة الاصفية في مدرسة السلطان زين العابدين الثانوية الدينية العليا. هدف المعرض إلى تنمية رغبات الطلبة في مجال العلوم التكنولوجية في المستقبل. والمعرض يحتوي على عدة جوانب منها : معرض من الطلبة أنفسهم ومعرض من الهيآت الحكومية وغير الحكومية.


وفي حفلة الإفتتاح, صرح السيد داتوء الشيخ هارون بن الشيخ اسماعيل – وهو مدير ادارة الشؤون الدينية الترنجانوية - بأن المعرض حقق رغبة الإدارة في إنشاء جيل جديد من طلبة المدارس الدينية الذين يهتمون بعلوم الدين وفي نفس الوقت يهتمون بالعلوم الحديثة الأخرى وخاصة العلوم المتعلقة بالتكنولوجيا الحديثة.


وفي نفس حفلة الافتتاح, ألقى السيد الدكتور محمد زكي بن محمد سعيد – مدير مركز العلوم و الإبداع Pusat Sains dan Kreativiti Negeri (PSKT) – كلمة موجزة حيث شجع الطلبة والحاضرين على أهمية ترسيخ رغبات المسلمين في ميدان الإبداع الحديث حتى يصيروا على منهاج من سبقهم من المسلمين الأولين في العصور الذهبية.


وقبل ذلك ألقى مدير المدرسة, السيد هاشيم بن أمبوغ – كلمة تقدير لكل من ساهم في انجاح هذا المعرض التثقيفي الممتع وكان يعرب ما في نفسه من سرور على ما يصل اليه تلاميذه في إجراء بعض التجارب العلمية في هذا المعرض الذي يعقد في هذه المدرسة لأول مرة.

أما بالنسبة إلى مركز تطوير الجوانب الإيجابية للإنسان السليم(PPPi) فنحن نقوم بكشك تجاري نعرض فيه مصحفا إلكترونيا للقراءن الكريم والقاموس الإلكترونى على ضيافة الهيئة التنفيذية للمعرض.


Pengunjung