Monday, September 23, 2013

Keteguhan Semangat Ketika Memulakan Sesuatu Pekerjaan


"Orang Yang Tidak Bermula Dengan Kesungguhan Yang Membara, Tidak Akan Sampai Kepada Titik Akhir Yang Bergemerlapan"


Jika kita berhasrat untuk menuntut ilmu dan menjadi ulama atau pakar dalam bidang yang kita ceburi, kita perlu berusaha kuat daripada awal dan terus bersemangat sehingga kita berjaya mencapai cita-cita kita itu. Jika usaha bersungguh-sungguh hanya muncul pada garisan penamat, biasanya kita telah jauh ditinggalkan rakan-rakan yang lebih bersemangat.

Seringkali cita-cita kita setinggi awan di langit biru, tetapi usaha dan semangat untuk mencapainya begitu 'sejuk' sekali. Tidak ada usaha yang gigih atau semangat yang 'membara'.

Hasilnya, setelah tamat menuntut ilmu, kita tidak berakhir sebagai 'bintang'. Hanya berakhir sebagai sebuah produk 'sejuk beku'.

Dalam bidang tasauf, jika hendak mencapai makam yang tinggi pada pandangan Allah, kehendak untuk mengubah diri juga perlulah 'berkobar-kobar'.

Inilah maksud kata-kata hikmah ini, "Orang Yang Tidak Bermula Dengan Kesungguhan Yang Membara, Tidak Akan Sampai Kepada Titik Akhir Yang Bergemerlapan"





Tuesday, August 27, 2013

Thursday, August 30, 2012

Penyampaian Sijil Kelas Bahasa Arab Dewasa


9 Julai - Seramai 15 pelajar Kelas Bahasa Arab Asas Dewasa telah tamat pengajian tahap 1, di mana pengajian mereka telah berjalan selama 4 bulan disertai dengan latihan praktikal dan peperiksaan bertulis.

Pembahagian sijil tamat kelas Bahasa Arab Asas Tahap 1 di Raudhah at-Tholibeen, disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Zuki Wan Ismail, penceramah agama meningkat naik di Terengganu dan guru agama di sebuah sekolah swasta.

Semua pelajar telah menjalani peperiksaan akhir dan lulus cemerlang dengan 2
orang pelajar mencapai markah penuh 100 peratus, iaitu Tuan Haji Muhd bin Abdullah dan Saudara Habibuddin.

Walaupun kebanyakannya dah berusia, semua peserta berjaya mengingati beberapa istilah teknikal ilmu saraf asas selain daripada membina 300 kosa kata asas.

Paling berusia Haji Syarif Mahat, 71 tahun. Tahniah kepada semua.

Majlis diakhiri dengan jamuan yang berwarna warni disediakan oleh para pelajar sendiri khususnya pelajar perempuan.

Syukran Wa Ila al-Liqa'.



Ketua Kelas sedang berucap merangkap pengerusi majlis.

Sebahagian peserta.


Wakil pelajar perempuan berucap.

Ustaz Zakaria memberikan kata-kata akhir.

Al-Fadhil Ustaz Wan Zuki merasmikan Majlis Penyampaian Sijil.












 

Sedikit cenderahati untuk perasmi.

Friday, December 16, 2011

Kursus 10 Hari Ajaib Menguasai Asas Bahasa Arab PMR

 

Alhamdulillah, Kursus 10 Hari Ajaib Menguasai Asas Bahasa Arab untuk calon-calon PMR pada tahun depan (2012) telah berlangsung dengan jayanya selama 10 hari di tempat baru ISC di rumah bersebelahan Masjid Jami' Pengadang Baru.  

Seramai 12 peserta menyertai kursus ini, di mana mereka begitu gembira dapat memahami beberapa pendedahan baru tentang ilmu bahasa Arab bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab mereka. (Komen para peserta, Insya Allah akan dipostkan semula).

Para peserta telah dilatih menggunakan kamus secara intensif, berbual secara shafawi, membaiki hafazan asas-asas nahu dan membuat ayat-ayat mudah dalam bahasa Arab.

Apa yang diperlukan seterusnya oleh mereka ialah untuk mereka meneruskan rutin harian mereka semasa kursus iaitu; teruskan bercakap dalam bahasa Arab, memantapkan hafazan dengan penggunaan dalam ayat dan terus berkawan dengan kamus!

Tahniah kepada semua peserta. Berikut adalah beberapa gambar kenangan. 



Suasana pembelajaran.

Setiap orang disibukkan dengan tugasan.

Adli berusaha mendapatkan jawapan yang betul dengan meningkatkan  kebolehan berfikir.

Macam dilukis.


Latihan menggunakan papan putih.


Posing sebelum majlis.
 


Afiq menerima sijil.

Muadz.

Amsyar
Amin

Khairuddin.

Fatin.


Syafiqah.

Aimi Syafiqah. 

Maryam.


Iskandar

Adib.

Kenangan bersama Ustaz Zakaria.
 

Peserta yang ingin dapatkan gambar dalam saiz yang lebih besar, sila emel pada kami.

Wednesday, November 16, 2011

KURSUS 10 HARI AJAIB MENGUASAI ASAS BAHASA ARAB

Sekali lagi Insan Sejahtera Centre akan menganjurkan kursus-kursus pemantapan bahasa Arab pada bulan Disember 2011 bertempat di rumah bersebelahan Masjid Pengadang Baru.



Tiga pakej ditawarkan;

1.
10 HARI AJAIB MENGUASAI BAHASA ARAB
UNTUK CALON PMR TAHUN DEPAN 2012

1 – 10 Dis
2011
2.
10 HARI AJAIB MENGUASAI BAHASA ARAB
UNTUK CALON SPM TAHUN DEPAN 2012

12 –21 Dis
2011
3.
10 HARI AJAIB PERSEDIAAN BAHASA ARAB BAGI MEMASUKI SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAHUN DEPAN 2012

22 – 31 Dis
2011

Untuk Mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program-program tersebut, sila klik di sini.

Tuesday, November 1, 2011

كتاب ليس من الإسلام

في بضعة أيام سابقة، قرأت كتابا نفيسا من مؤلفات الشيخ محمد الغزالي رحمه الله قراءة مضنية متأنية وهو كتاب بعنوان ليس من الإسلام.


فالكتاب يبحث في قضايا مختلفة التي تتعلق بكيفية تعامل المسلمين بكتاب ربهم وسنة نبيهم منذ عهد الرسول ص إلى عهدنا هذا. وخلاصة أراء المؤلف الجليل تدور حول إعجابه بتوسّع المسلمين اليوم في قضايا العبادات بالإبداعات رغم أن دائرة العبادات محدودة متجمدة حيث لا تقبل الزيادة والنقصان، وفي حين نفسه يضيقون أنفسهم في دائرة المعاملات والاختراعات الحديثة التي يحثهم الإسلام بتدخل العقل في تلك الأمور بالتطوير والإبداع. ولكي يقود المسلمون العالم من جديد ينبغي أن ينقلب الأمر بالعكس تماما.

والشيخ محمد الغزالي شجاع في إبداء آراءه متحمس في قضية إصلاح أمته. لذلك وجدته كثيرا ما يذهل مخالفيه بالاستدلال بالأدلة النقلية بعد تفحيصها بقواعد الاستنباط المعتمدة تارة وبالبراهين العقلية المقنعة تارة أخرى. إنه فقيه متبصر يضن علينا الزمان بمثله.

أوافق الشيخ في معظم النتائج التي وصل إليها وبقيت بعض المسائل أخالفه فيها لاختلاف وجهات النظر. رحم الله الشيخ محمد الغزالي رحمة واسعة.

Pengunjung