Monday, November 2, 2009

Kursus di Tiga Buah Sekolah

Alhamdulilllah, PPPi sudah pun menganjurkan Kursus Persediaan Akhir Menghadapi Peperiksaan Subjek Bahasa Arab Tinggi SPM di 3 buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail di Dungun, Sekolah Menengah Agama Al-Falah di Kemaman dan Sekolah Menengah Agama Marang di Marang.


Para pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan kertas I dan II, membuat ulangkaji ekspres dalam pelajaran nahu, saraf, balaghah serta dibekalkan dengan teknik-teknik ulangkaji terakhir sebelum peperiksaan.


Pintu masuk Sekolah Menengah Agama Marang


Respon yang diterima adalah amat menggalakkan. Ramai pelajar gembira dapat mengulangkaji pelajaran bahasa Arab secara cepat dan menyeluruh dalam sehari berkursus. Mereka lebih gembira lagi kerana lebih memahami teknik bagaimana untuk berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan tanpa mengorbankan markah soalan-soalan mudah.


Para pelajar berbincang dalam kumpulan.


Pada awal kursus para pelajar diminta mengklasifikasikan diri mereka, sama ada terdiri dalam kategori 1, 2, 3 atau 4. Ramai berpendapat mereka terdiri daripada katagori 2 dan 3. Terdapat beberapa pelajar yang mengkategorikan diri mereka dalam kumpulan 1 dan 4.



Pelajar lelaki begitu gembira berkursus, ada nampak riak keyakinan pada wajah mereka.


Sedutan awal kertas kerja mengenai kategori-kategori ini, adalah seperti berikut;


  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar bahasa Arab dengan bersungguh-sungguh dan berjaya menguasai sebahagian besar intipati pelajaran, modul ini akan membantu menjadikan anda seorang yang sangat cemerlang.

  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar secara bersunguh-sungguh tetapi tidak dapat menguasainya dengan baik, modul ini akan membantu anda dengan memberikan beberapa fokus untuk ditekuni ketika peperiksaan dan mendapatkan markah yang baik.

  1. Jika sebelum ini, anda telah belajar secara ala kadar sahaja, modul ini akan cuba membantunya mengelakkan kegagalan yang bersifat total.

  1. Jika sebelum ini, anda tidak pernah belajar dan tidak pernah ada kemahuan untuk belajar, SUKAR bagi modul ini atau mana-mana modul lain untuk membantu anda dalam tempoh beberapa hari terakhir sebelum SPM.

Entah apa sebab mereka begitu geli hati...

Walau apa pun keadaan anda sebelum ini, Insya Allah, anda masih boleh mencapai kejayaan...



Belajar rajin-rajin yer!


Pandangan kami secara peribadi, setelah bercakap dengan para ustaz dan ustazah yang telah mendampingi para pelajar selama ini, terdapat tanda kesungguhan yang baru dalam diri para pelajar selepas tamat kursus. Mereka rasa mereka sempat mencapai target dengan teknik ulangkaji yang kami dedahkan. Mereka sanggup membuat pecutan akhir untuk subjek bahasa Arab Tinggi ini dan mereka yakin BOLEH! Masih sempat membuat persediaan akhir dan masih sempat menguasai serba sedikit kekurangan diri. Semoga semua pelajar dapat mencapai target yang mereka tetapkan untuk diri mereka dalam peperiksaan nanti.


Inilah senyuman yang kita harapkan selepas keputusan SPM diumumkan... Insya Allah.


Mudir Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Ustaz Aziz memandang anak-anak didiknya dengan penuh harapan untuk melihat kejayaan mereka.


Kami doakan kejayaan untuk kalian semua.

No comments:

Pengunjung