Thursday, December 30, 2010

Program dan Perkhidmatan ISC 2011

Alhamdulillah, program dan perkhidmatan ISC 2011 telah diterbitkan. Klik di sini.

Sunday, December 26, 2010

Pertukaran Nama Syarikat

Para pelayar yang budiman,

Bermula pada bulan Muharram 1432 H, Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) ditukarkan kepada Insan Sejahtera Centre (ISC). Keputusan dibuat setelah mengambil kira respon dan pandangan para pelanggan kami tentang nama yang panjang dan ringkasannya yang sedikit sukar disebut.

Harapan kami ISC akan dapat meneruskan produk dan perkhidmatan PPPi dengan beberapa penambahbaikan yang sedang diusahakan. Antaranya termasuk pembinaan laman web yang baru dan masih dalam pembikinan iaitu di www.insansejahteracentre.com. Insya Allah.

Tahniah kepada Aida Hayati mendapat 9 A dalam PMR


Kami pada hari terakhir kursus, Aida datang ke kelas kami dengan senyuman gembira. Dia dapat 9 A dalam keputusan PMR yang baru keluar, termasuk subjek bahasa Arab. Hebat juga Aida ni sebab dia bukan daripada sekolah agama. Yang membanggakan kami lagi, dia pernah jadi peserta program kami pada tahun lepas.

Seluruh peserta turut mengucapkan tahniah kepada Aida.

Tahniah Aida! Selamat maju jaya dan terus mengejar cita-cita.

Kursus Pemantapan Bahasa Arab SPM

Kursus pertama bernaung di bawah ISC ialah Kursus Pemantapan Bahasa Arab SPM bermula pada 12 hingga 23 Disember. Para peserta seramai 11 orang terdiri daripada pelajar SMAAZA Batu Buruk, SMA Khairiyyah, SMA Setiu, SMKA Tok Jiring, SBP Integrasi Batu Rakit dan SM Dato' Razali Ismail.

Pelajar telah dilatih tubi untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab setiap hari, didedahkan semula dengan asas-asas nahu dan saraf daripada awal, dimantapkan dengan aplikasi tatabahasa arab dalam membuat ayat, pendedahan tajuk-tajuk nahu, saraf dan balaghah dalam kertas peperiksaan, teknik menjawab, menonton video cerita arab dan bacaan buku cerita arab sebagai bacaan pengkayaan.

Antara komen pelajar selepas tamat kursus;

"Best!!", Abdul Latif.

"Banyak ilmu yang saya dapat", Izzat.

"Dapat bercakap tanpa rasa takut dan yakin", Faiz.

"Lebih memahami bahasa Arab dan menambahkan kecintaan kepada bahasa ini", Husna.
"Sertailah program ini kerana ia dapat banyak membantu anda dalam bahasa Arab", Nur Afiqah.

"Dapat memperbaiki kelemahan dalam bahasa Arab", Nur Hasyimah.

"Tenaga pengajar yang mahir dan efisien. Marilah sama-sama kita belajar bahasa Arab dengan lebih mudah", Nurul Sabirah.

"Dapat memahami bahasa Arab dengan lebih terperinci", Nur Ain.

"Dapat memantapkan lagi ilmu bahasa Arab, dapat bercakap bahasa Arab dan dapat membantu menjawab periksa", Nur Aisyah.

"Cara pembelajaran yang efisien menambahkan kefahaman saya", Aida Hayati.

Beberapa gambar sekitar kursus.

Muhammad fauzi, ketua kelas menerima sijil daripada Ustaz zakaria.

Abdul Latif daripada Sementojie (SMKA Tok Jiring) mendapat sijilnya.

Izzat, pelajar KISAS menamatkan kursus dengan jayanya.

Faiz Hadi bersalamansambil menerima sijil daripada Ustaz Zakaria.

Afiqah lebih yakin berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Nurul Sabirah memiliki kesabaran untuk menguasai bahasa Arab dengan baik.

Aida Hayati, baru selesai PMR tetapi ingin segera menyertai kursus ini. Aida memang ada semangat lebih untuk bahasa Arab walaupun bercita-cita nak jadi ahli farmasi.


Nurul 'Ain tersenyum lebar menerima sijil daripada Ustaz yang 'serius'.

Nur 'Aishah mempunyai keyakinan belajar yang boleh dicontohi.

Nur Hasyimah daripada SMA Setiu telah mendapat kefahaman yang lebih baik tentang bahasa Arab dalam kursus ini.

Nur Husna telah berjaya mendapat sijil, keyakinan dan kefahaman.

Ustaz Zakaria menunjukkan sesuatu kepada Hasyimah sambil diperhatikan oleh Husna.

Wakil pelajar perempuan berucap.

Wakil pelajar lelaki berucap.

Ustaz Ya berucap tanpa sesuatu yang kelakar tetapi masih menggelikan hati pelajar-pelajarnya.

Latihan di papan putih.

Suasana dalam kelas.

Sama-sama jawab soalan.

Nampaknya ada suasana yang menggembirakan dalam kelas.

Thursday, December 16, 2010

Beberapa Gambar Sekitar Kursus Bahasa Arab PMR

Pada 11 Disember 2010 baru-baru ini, Kursus Pemantapan Bahasa Arab PMR telah berakhir. Peserta-peserta kursus adalah badge terakhir yang menjalani kursus di bawah nama PPPi kerana selepas ini PPPi akan dikenali sebagai ISC.

Para peserta telah didedahkan dengan kemahiran dialog asas dalam bahasa Arab, pemantapan asas-asas tatabahasa Arab, kemahiran menggunakan kamus dan kemahiran membuat ayat-ayat mudah.

Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari untuk terus memantapkan diri dalam pembelajaran bahasa Arab di dalam dan di luar kelas setahun sebelum peperiksaan PMR yang sebenar. Rahsia kejayaan sebenar peserta ialah keupayaan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus dalam pembelajaran subjek bahasa Arab di dalam kelas.

Semoga maju jaya.

Beberapa gambar sekitar kursus.

Ucapan Wakil pelajar perempuan, Aimi Nadia sebelum penyampaian sijil. Kelihatan Rahman sedikit hiba.

Ucapan Wakil pelajar lelaki sebelum itu, Muhammad Alif.

Sedang membuat latih tubi.

Latihan bersama di papan putih.

Ustaz Zakaria sedang memberikan tunjuk ajar.

Muhammad Abdul Rahman dengan bangganya menerima sijil. Dalam komennya beliau menyatakan "Saya dapat memahami cara-cara membuat ayat dan tanda-tanda isim dan fiil".



Sijil untuk Ketua Pelajar. Komen Alif "Saya dapat mengingati dhamir dan membuat ayat dengan betul".

Amin Husaini telah berusaha keras dalam kursus ini, beliau daripada SMA Setiu.

Penolong ketua kelas daripada SM Seri Puteri menyifatkan kursus ini sebagai "berkesan" dan "lebih memahami bahasa Arab".

'Aliya Husna gembira menerima sijilnya. katanya, dia "mengetahui lebih banyak cara untuk menjawab soalan".

Nur 'Izzati sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik.

Anis Izzaty, kecil-kecil cili api. Anis ada kemampuan tinggi untuk cemerlang dalam bahasa Arab dengan semangat dan ketekunan yang ditunjukkan.

Pengunjung