Friday, October 1, 2010

PROGRAM PERSEDIAAN AKHIR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SUBJEK BAHASA ARAB TINGGI SPM 2010

Sehubungan dengan tarikh Peperiksaan SPM yang sudah semakin hampir, kami menyediakan dua program khas bagi membantu pelajar-pelajar sekolah tuan untuk membuat persediaan akhir dalam menghadapi subjek Bahasa Arab. Program pertama, dikhususkan untuk berada di bawah anjuran pihak sekolah dan program kedua, dikhususkan untuk berada di bawah inisiatif pelajar sendiri dengan makluman kepada mereka oleh pihak sekolah.

Program Pertama; Kursus Ulangkaji Akhir Subjek Bahasa Arab SPM diadakan di sekolah yang berminat.
  • Mengulangkaji tajuk-tajuk subjek Bahasa Arab Tinggi secara ringkas bagi membolehkan relajar mengenalpasti perkaitan antara tajuk-tajuk yang diajar dengan bentuk soalan dalam soalan peperiksaan sebenar.
  • Mengimbas sekali lalu tajuk-tajuk berkaitan Nahu, Saraf dan Balaghah bagi membolehkan pelajar menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan cara yang paling mudah.
  • Mempraktikkan beberapa teknik tertentu bagi menjawab beberapa soalan tertentu dalam kertas peperiksaan serenar untuk mengelakkan pelajar membuat kesilapan mudah dalam peperiksaan.
  • Memberikan teknik mengulangkaji subjek bahasa Arab yang berkesan kerana sebahagian pelajar tidak terdedah kepada teknik mengulangkaji yang betul bagi subjek bahasa Arab, khususnya dalam tempoh yang singkat seperti sekarang.


Program kedua; Kelas Menjawab Soalan Tahun-Tahun Lepas selama 8 jam dalam 2 hari berturut-turut diadakan di pejabat kami sebagaimana berikut;

Faedah-faedah :

1. Latih tubi menjawab solan-soalan tahun lepas untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk-bentuk soalan sebenar.
2. Menguasai kandungan pelajaran bahasa Arab penerangan semasa latihan menjawab soalan.
3. Memperkenalkan kaedah bagaimana untuk mengulangkaji mata pelajaran bahasa Arab secara berkesan.
4. Mengasah teknik menjawab kertas peperiksaan untuk cemerlang dalam subjek bahasa Arab dalam peperiksaan SPM 2010.
5. Pelajar boleh bertanya DAN berbincang secara langsung kepada tenaga pengajar yang berpengalaman.

Peserta:

Jumlah peserta TERHAD kepada 30 peserta terawal sahaja.

Bahan Kursus:

Bahan kursus merangkumi Fail Kursus, Nota Kursus Edisi Khas.

Anjuran : Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) dengan kerjasama Badan Bahasa Arab SMAASZA

Tempat : Bilik Kuliah PPPi, No. 9, Tingkat 1, Jalan Hiliran, 20300, Kuala Terengganu. (Bangunan bertentangan dengan Farmasi Lau Pulau Kambing, di atas Klinik Jaya)

Tarikh : Sessi Pertama 16 - 17 Oktober 2010

Sessi Kedua 30 – 31 Oktober 2010
(Hari Pertama daripada jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Hari Kedua daripada jam 8.00 pagi – 2 tengahari)


Rebutlah peluang keemasan dengan

YURAN KURSUS RM 70 SAHAJA! (Termasuk minum pagi dan makan tengahari)

Untuk Pendaftaran dan Keterangan Lanjut hubungi;
Ustaz Zakaria Ismail (012-985 1494) atau layari www.insanberpotensi.blogspot.com

No comments:

Pengunjung