Thursday, December 30, 2010
Program dan Perkhidmatan ISC 2011
Sunday, December 26, 2010
Pertukaran Nama Syarikat
Bermula pada bulan Muharram 1432 H, Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) ditukarkan kepada Insan Sejahtera Centre (ISC). Keputusan dibuat setelah mengambil kira respon dan pandangan para pelanggan kami tentang nama yang panjang dan ringkasannya yang sedikit sukar disebut.

Harapan kami ISC akan dapat meneruskan produk dan perkhidmatan PPPi dengan beberapa penambahbaikan yang sedang diusahakan. Antaranya termasuk pembinaan laman web yang baru dan masih dalam pembikinan iaitu di www.insansejahteracentre.com. Insya Allah.
Tahniah kepada Aida Hayati mendapat 9 A dalam PMR
Kami pada hari terakhir kursus, Aida datang ke kelas kami dengan senyuman gembira. Dia dapat 9 A dalam keputusan PMR yang baru keluar, termasuk subjek bahasa Arab. Hebat juga Aida ni sebab dia bukan daripada sekolah agama. Yang membanggakan kami lagi, dia pernah jadi peserta program kami pada tahun lepas.
Seluruh peserta turut mengucapkan tahniah kepada Aida.
Tahniah Aida! Selamat maju jaya dan terus mengejar cita-cita.
Kursus Pemantapan Bahasa Arab SPM

Pelajar telah dilatih tubi untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab setiap hari, didedahkan semula dengan asas-asas nahu dan saraf daripada awal, dimantapkan dengan aplikasi tatabahasa arab dalam membuat ayat, pendedahan tajuk-tajuk nahu, saraf dan balaghah dalam kertas peperiksaan, teknik menjawab, menonton video cerita arab dan bacaan buku cerita arab sebagai bacaan pengkayaan.
Antara komen pelajar selepas tamat kursus;
"Best!!", Abdul Latif.
"Banyak ilmu yang saya dapat", Izzat.
"Dapat bercakap tanpa rasa takut dan yakin", Faiz.
"Lebih memahami bahasa Arab dan menambahkan kecintaan kepada bahasa ini", Husna.
"Sertailah program ini kerana ia dapat banyak membantu anda dalam bahasa Arab", Nur Afiqah.
"Dapat memperbaiki kelemahan dalam bahasa Arab", Nur Hasyimah.
"Tenaga pengajar yang mahir dan efisien. Marilah sama-sama kita belajar bahasa Arab dengan lebih mudah", Nurul Sabirah.
"Dapat memahami bahasa Arab dengan lebih terperinci", Nur Ain.
"Dapat memantapkan lagi ilmu bahasa Arab, dapat bercakap bahasa Arab dan dapat membantu menjawab periksa", Nur Aisyah.
"Cara pembelajaran yang efisien menambahkan kefahaman saya", Aida Hayati.
Beberapa gambar sekitar kursus.


Thursday, December 16, 2010
Beberapa Gambar Sekitar Kursus Bahasa Arab PMR
Para peserta telah didedahkan dengan kemahiran dialog asas dalam bahasa Arab, pemantapan asas-asas tatabahasa Arab, kemahiran menggunakan kamus dan kemahiran membuat ayat-ayat mudah.
Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari untuk terus memantapkan diri dalam pembelajaran bahasa Arab di dalam dan di luar kelas setahun sebelum peperiksaan PMR yang sebenar. Rahsia kejayaan sebenar peserta ialah keupayaan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus dalam pembelajaran subjek bahasa Arab di dalam kelas.
Semoga maju jaya.
Beberapa gambar sekitar kursus.







