Monday, January 17, 2011

Terjemahan Buku Teks Tingkatan 5, ms 4 - I’jaz Ilmi (Mu’jizat Sains) di dalam al-Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang dibaca. Sedangkan alam semesta pula adalah bukti keesaan Allah yang dapat dilihat. Kita diperintahkan untuk meneliti ayat-ayat Allah yang mulia serta tanda-tanda kebesaran Allah dengan menggunakan akal, fikiran dan perasaan kita dalam usaha memahami makna dan maksud yang dikehendaki daripada ayat-ayat tersebut. Sehinggalah hati dan perasaan kita menjadi tenang. Kitab al-Quran al-Karim adalah kitab yang diturunkan oleh Tuhan Semesta Alam dan sebagai hujjah kepada aqal rasional manusia. Orang yang membaca al-Quran dengan penuh tadabbur akan melihat banyak penemuan-penemuan moden telah pun diisyaratkan oleh al-Quran sebelum penemuan itu berjaya ditemui oleh manusia.

Jika kita membuat pengiraan 2 kalimah di dalam al-Quran, iaitu al-Bahr bermaksud lautan dan al-Barr bermaksud daratan, kita akan dapati kalimah al-Bahr disebut sebanyak 33 kali dan kalimah 12 kali.

Jumlah 2 kalimah ini –selepas dicampurkan – ialah 45 kali.

33/45 bersamaan dengan 73.33 peratus. 12/45 bersamaan 26.67 peratus. Ini adalah bertepatan dengan penemuan terbaru dalam bidang geografi bahawa air bersamaan dengan atau mewakili hampir 3/4 daripada keseluruhan bumi.
Dibawah ini ialah jadual ringkas mengenai beberapa perkataan lain yang disebut di dalam al-Quran.

Mengenai perkataan yaum bermaksud hari, ia telah disebut sebanyak 365 hari. Ini adalah bersamaan jumlah hari dalam kalendar matahi. Begitu juga dengan perkataan syahr bermaksud bulan, ia disebut sebanyak 12 kali iaitu bersamaan dengan jumlah bulan dalam setahun mengikut kalendar hijrah dan masihi.

Perbandingan ini adalah merupakan fakta-fakta sains yang telah ditunjukkan oleh al-Quran. Ia bukan ciptaan manusia tetapi ia adalah diturunkan daripada sisi Allah yang Maha Tinggi. Oleh itu, sewajarnyalah kita merasa tamak untuk membaca al-Quran dengan tadabbur dan merujuk kembali kepada al-Quran dalam pelbagai bidang.

No comments:

Pengunjung