Sunday, January 5, 2014

Kursus 10 Hari Ajaib: Persediaan Ke Tingkatan 5


Pada 1- 12 Disember yang lalu Kursus 10 Hari Ajaib Persediaan Ke Tingkatan 5 telah diadakan di Masjid Jami’ Pengadang Baru dengan disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 3.

Belajar bahasa Arab di Tingkatan 5 memerlukan para pelajar memperkukuhkan dahulu kemahiran mengaplikasikan asas-asas Nahu dalam pembacaan, penulisan dan percakapan. Ini  kerana tajuk-tajuk subjek bahasa Arab semasa tingkatan 4 dan 5 akan lebih banyak menggunakan istilah-istilah teknikal sebagai lanjutan daripada pembelajaran di peringkat menengah rendah.

Latihan di papan putih

Menjawab di papan putih

Hero sedang menyelesaikan masalah besar!

Hari gembira dengan 'cup cake' yang dibuat oleh seorang pelajar.

Ada masa kena tekun berfikir sendiri.

Membuat latihan dengan serius pun ada.

Ramai pelajar dilihat hilang fokus serta keyakinan pada peringkat ini disebabkan kerana belum menguasai asas-asas bahasa Arab secara teliti. Oleh itu, mereka dilatih semula asas-asas bahasa Arab daripada awal secara perlahan-lahan dan latih tubi berterusan.

Alhamdulillah, pada akhir kursus peserta menyatakan tahap kefahaman mereka telah meningkat dalam menguasai aspek-aspek asas bahasa Arab. Keyakinan mereka untuk menggunakan bahasa Arab dalam perbualan dan penulisan juga telah meningkat. Namun masih banyak yang perlu mereka pelajari.

Anda sedang berada di landasan yang betul untuk berjaya!

(Pelajar yang mahukan gambar yang besar dan personal sepanjang kursus, boleh tinggalkan mesej dalam inbox fb/insansejahterasentre)

Menerima sijil jugak budak ini... he.. Tahniah. Belajar rajin-rajin ya akhi..

Tahniah! Ukhtie...


في المدة ما بين ١ إلى ١٢ من شهر ديسمبر من السنة الماضية، انعقدت دورة الأيام العشر العجائب لملتحقي السنة الخامسة الثانوية في المسجد الجامع فغادغ بارو وكان المشتركون والمشتركات فيها من طلبة السنتين الثالثة والرابعة الثانويتين.



كيف تستطيع أن تنجح في مادة اللغة العربية في السنة الخامسة الثانوية؟ في هذه المرحلة تحتاج إلى استيعاب بعض الأحكام والمصطلحات النحوية والصرفية الأساسية حتى تستطيع أن تحسن تطبيقها أثناء قراءتك للنص ومحادثتك مع الأصدقاء وكتابتك للإنشاءات والمقالات.



أكثر الطلبة يهملون هذا الجانب المهم ثم يجدون أنفسهم في ظلمات موضوعات جديدة يوما بعد يوم . فالمعلومات أصبحت متراكمة ولكنها ظلمات فوقها ظلمات لا يجدون لها مخرجا ولا يعرفون إلى أي منقلب ينقلبون، إذ المخرج أيها الإخوة في استيعاب مبادئ اللغة الأساسية لا في تحسين حفظ بعد حفظ بلا جدوى.   



ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها         إن السفينة لا تجري على اليبس




وفي آخر الدورة، كل الطالب بدأ يركز على ما حقه التقديم، فينتفع بذلك انتفاعا جما. 

No comments:

Pengunjung