Tuesday, December 30, 2008

11 Pelajar SPM menamatkan Kursus

Pada 25 Disember 2008, 11 pelajar SPM pun menamatkan kursus. Kursus untuk SPM berhasrat unuk memantapkan semula asas-asas bahasa Arab yang telah lama dipelajari. Hanya dengan menguasai semula asas-asas tersebut, barulah mereka mampu belajar silibus SPM dengan mudah dan teratur. Tahniah untuk mereka semua!





Aminah Abdul Karim. Pelajar daripada SMKA Tok Jiring (Sementojie) ini adalah sangat pro aktif dalam mendalami bahasa Arab. Sikap beliau yang suka berbincang, menerang dan merenung semula berjaya memantapkan kefahaman beliau. Ini menambahkan keyakinan. Harapan kami, beliau akan terus maju jaya!

Ummu Aiman Zainuz Zaman. Walaupun tajuk-tajuk yang dipelajari agak banyak dan dipelajari secara ekspres, namun Ummu Aiman menunjukkan bahawa dia tetap fokus untuk menguasai bahasa Arab. Tak apa boleh mengulang semula semua tajuk secara perlahan-perlahan sebab anda sudah nampak 'big picture' tajuk-tajuk tersebut.

Fatin Izzati Mohd Fakri daripada SMA Khairiyyah telah berjaya menguasai asas-asas bahasa Arab dengan baik. Ini akan memudahkannya untuk menguasai tajuk-tajuk lanjutan dalam SPM. Belajar ni, tak payah takut-takut Fatin... Bila kita dah yakin dengan kefahaman kita, buangkan takut-takut tu jauh-jauh.

Syahirah Sulaiman kadang-kadang merasa terperangkap dalam kepelbagaian istilah dan hukum bahasa Arab. Pada akhir kursus kami dapati beliau berjaya keluar daripada kekeliruan istilah dan hukum Nahu dengan jayanya. Ini tanda dah nak pandai lah tu, tapi jangan hilang fokus pulak...

Nurul Atiqah Zulkepli daripada SMA Kampung Laut mampu menguasai tajuk-tajuk Nahu dengan cepat. Jika dibiasakan membuat latihan membuat ayat dan karangan, penguasaan beliau akan bertambah mantap.

Faizuddin Mustaffa. Walaupun demam selama beberapa hari, beliau terus kental untuk meneruskan kursus. Teruskan fokus kepada asas-asas nahu yang mudah, nanti anda akan cepat menguasai taju-tajuk lanjutan.


Mohd Akmal Rosidi daripada Sekolah Menengah Agama Durian Guling. Beliau dilantik sebagai ketua kelas oleh kawan-kawannya. Dengan latihan yang berterusan dan sistematik, beliau boleh cemerlang dalam bahasa Arab. Disamping itu, teruskan latihan suara, baca dengan kuat dan betul.

Ahmad Zul Arfi Mohd Amri, seorang daripada kembar yang menyertai kursus. Beliau menyertai kursus dalam keadaan ragu adakah betul beliau mampu menguasai bahasa Arab? Pada penghujung kursus, beliau dapati dirinya ada potensi tinggi untuk menguasai bahasa Arab.

Ahmad Zul Majdi Mohd Amri. Beliau adalah kembar kepada Zul Arfi. Kedua-duanya mempunyai wajah yang hampir-hampir sama begitu juga dengan tahap penguasaan bahasa Arab yang hampir sama. Jika dapat bergabung dengan baik dalam belajar bahasa Arab, mereka akan lebih cepat menguasainya.


Ali bin Abdul Karim. Tingkatan 4 tahun 2009. Ikon terkenal sepanjang kursus. Beliau cepat faham sesuatu yang diajar dengan sebutan yang baik juga, tetapi cepat hilang fokus pada kebanyakan masa. Jika Ali mula berlatih memberikan tumpuan dalam latihan, dia mungkin akan terkejut melihat pencapaian dirinya.

Mohd Afiq Zulkepli daripada SMA Kampung Laut. Bermula sebagaipelajar yang agak malu-malu tetapi berakhir dengan cemerlang. Jika terus berusaha membiasakan diri dengan hukum-hukum nahu dan saraf melalui perbincangan dan latihan, tidak ada masalah untuk dapat A dalam SPM.


Ahmad Helmi Ahmad Suhaimi daripada SMA Sultan Zainal Abidin Ladang. Beliau banyak memberi perhatian dalam kelas dan banyak berfikir. Lebih baik lagi kalau beliau turut aktif dalam perbincangan dan latihan. Ini untuk memastikan kefahaman kita benar-benar teruji kukuh melalui latihan dan perbincangan. Kami kira keyakinannya semakin bertambah dan meningkat sepanjang kursus ini. Selamat maju jaya!

1 comment:

Anonymous said...

salam...bersukurnya dpt bljr arb

Pengunjung