Wednesday, December 10, 2008

Kursus Intensif SPM bermula pada Isnin 15 Disember 2008



Peluang terakhir untuk menyertai Kursus Intensif Pemantapan Bahasa Arab SPM (KIPBA'SPM'09) tinggal beberapa hari saja lagi. Kursus akan segera bermula pada 15 Disember iaitu hari Isnin.


(Makluman : Jadual asal ialah pada hari Ahad 14 Disember, namun tarikh dianjakkan sehari kerana pada hari Ahad, ada satu temuduga besar-besaran untuk kemasukan ke tingkatan satu di sekolah-sekolah agama Negeri yang diadakan di SMAASZA. Ini bagi mengelakkan ketidak-selesaan para peserta dan ibu bapa mereka.)

Jika ada yang berfikir bahasa Arab bukan pelajaran kritikal untuk SPM, mereka perlu melihat kadar kegagalan dalam pelajaran ini mungkin akan menyebabkan pencapaian keseluruhan SPM sedikit kurang 'cantik'. Jika kita memandang lebih jauh, kemahiran berbahasa selain daripada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris mungkin mempunyai merit yang tersendiri dalam dunia kerjaya masa hadapan.

Apa pun bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran, bahasa pengantar ilmu-ilmu Islam dan bahasa yang sangat menarik untuk dipelajari dan diperhalusi.

Seperkara lagi, ia tidak sesukar yang digambarkan oleh kebanyakan orang. Dengan teknik yang betul, ia cukup mudah kepada orang yang ada sedikit minat.

Kursus ini akan membantu peserta memperkemaskan semula asas-asas bahasa Arab mereka sebelum menjurus kepada tajuk-tajuk SPM secara langsung.

Maklumat lanjut Kursus boleh dilihat dalam posting di bawah.

No comments:

Pengunjung