Thursday, December 30, 2010
Program dan Perkhidmatan ISC 2011
Sunday, December 26, 2010
Pertukaran Nama Syarikat
Bermula pada bulan Muharram 1432 H, Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) ditukarkan kepada Insan Sejahtera Centre (ISC). Keputusan dibuat setelah mengambil kira respon dan pandangan para pelanggan kami tentang nama yang panjang dan ringkasannya yang sedikit sukar disebut.

Harapan kami ISC akan dapat meneruskan produk dan perkhidmatan PPPi dengan beberapa penambahbaikan yang sedang diusahakan. Antaranya termasuk pembinaan laman web yang baru dan masih dalam pembikinan iaitu di www.insansejahteracentre.com. Insya Allah.
Tahniah kepada Aida Hayati mendapat 9 A dalam PMR
Kami pada hari terakhir kursus, Aida datang ke kelas kami dengan senyuman gembira. Dia dapat 9 A dalam keputusan PMR yang baru keluar, termasuk subjek bahasa Arab. Hebat juga Aida ni sebab dia bukan daripada sekolah agama. Yang membanggakan kami lagi, dia pernah jadi peserta program kami pada tahun lepas.
Seluruh peserta turut mengucapkan tahniah kepada Aida.
Tahniah Aida! Selamat maju jaya dan terus mengejar cita-cita.
Kursus Pemantapan Bahasa Arab SPM

Pelajar telah dilatih tubi untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab setiap hari, didedahkan semula dengan asas-asas nahu dan saraf daripada awal, dimantapkan dengan aplikasi tatabahasa arab dalam membuat ayat, pendedahan tajuk-tajuk nahu, saraf dan balaghah dalam kertas peperiksaan, teknik menjawab, menonton video cerita arab dan bacaan buku cerita arab sebagai bacaan pengkayaan.
Antara komen pelajar selepas tamat kursus;
"Best!!", Abdul Latif.
"Banyak ilmu yang saya dapat", Izzat.
"Dapat bercakap tanpa rasa takut dan yakin", Faiz.
"Lebih memahami bahasa Arab dan menambahkan kecintaan kepada bahasa ini", Husna.
"Sertailah program ini kerana ia dapat banyak membantu anda dalam bahasa Arab", Nur Afiqah.
"Dapat memperbaiki kelemahan dalam bahasa Arab", Nur Hasyimah.
"Tenaga pengajar yang mahir dan efisien. Marilah sama-sama kita belajar bahasa Arab dengan lebih mudah", Nurul Sabirah.
"Dapat memahami bahasa Arab dengan lebih terperinci", Nur Ain.
"Dapat memantapkan lagi ilmu bahasa Arab, dapat bercakap bahasa Arab dan dapat membantu menjawab periksa", Nur Aisyah.
"Cara pembelajaran yang efisien menambahkan kefahaman saya", Aida Hayati.
Beberapa gambar sekitar kursus.


Thursday, December 16, 2010
Beberapa Gambar Sekitar Kursus Bahasa Arab PMR
Para peserta telah didedahkan dengan kemahiran dialog asas dalam bahasa Arab, pemantapan asas-asas tatabahasa Arab, kemahiran menggunakan kamus dan kemahiran membuat ayat-ayat mudah.
Semoga para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari untuk terus memantapkan diri dalam pembelajaran bahasa Arab di dalam dan di luar kelas setahun sebelum peperiksaan PMR yang sebenar. Rahsia kejayaan sebenar peserta ialah keupayaan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus dalam pembelajaran subjek bahasa Arab di dalam kelas.
Semoga maju jaya.
Beberapa gambar sekitar kursus.








Tuesday, October 26, 2010
KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB SEMASA CUTI UNTUK PMR DAN SPM TAHUN HADAPAN (2011)
Friday, October 1, 2010
PROGRAM PERSEDIAAN AKHIR MENGHADAPI PEPERIKSAAN SUBJEK BAHASA ARAB TINGGI SPM 2010
Program Pertama; Kursus Ulangkaji Akhir Subjek Bahasa Arab SPM diadakan di sekolah yang berminat.
- Mengulangkaji tajuk-tajuk subjek Bahasa Arab Tinggi secara ringkas bagi membolehkan relajar mengenalpasti perkaitan antara tajuk-tajuk yang diajar dengan bentuk soalan dalam soalan peperiksaan sebenar.
- Mengimbas sekali lalu tajuk-tajuk berkaitan Nahu, Saraf dan Balaghah bagi membolehkan pelajar menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan cara yang paling mudah.
- Mempraktikkan beberapa teknik tertentu bagi menjawab beberapa soalan tertentu dalam kertas peperiksaan serenar untuk mengelakkan pelajar membuat kesilapan mudah dalam peperiksaan.
- Memberikan teknik mengulangkaji subjek bahasa Arab yang berkesan kerana sebahagian pelajar tidak terdedah kepada teknik mengulangkaji yang betul bagi subjek bahasa Arab, khususnya dalam tempoh yang singkat seperti sekarang.
Program kedua; Kelas Menjawab Soalan Tahun-Tahun Lepas selama 8 jam dalam 2 hari berturut-turut diadakan di pejabat kami sebagaimana berikut;
Faedah-faedah :
1. Latih tubi menjawab solan-soalan tahun lepas untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk-bentuk soalan sebenar.
2. Menguasai kandungan pelajaran bahasa Arab penerangan semasa latihan menjawab soalan.
3. Memperkenalkan kaedah bagaimana untuk mengulangkaji mata pelajaran bahasa Arab secara berkesan.
4. Mengasah teknik menjawab kertas peperiksaan untuk cemerlang dalam subjek bahasa Arab dalam peperiksaan SPM 2010.
5. Pelajar boleh bertanya DAN berbincang secara langsung kepada tenaga pengajar yang berpengalaman.
Peserta:
Jumlah peserta TERHAD kepada 30 peserta terawal sahaja.
Bahan Kursus:
Bahan kursus merangkumi Fail Kursus, Nota Kursus Edisi Khas.
Anjuran : Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera (PPPi) dengan kerjasama Badan Bahasa Arab SMAASZA
Tempat : Bilik Kuliah PPPi, No. 9, Tingkat 1, Jalan Hiliran, 20300, Kuala Terengganu. (Bangunan bertentangan dengan Farmasi Lau Pulau Kambing, di atas Klinik Jaya)
Tarikh : Sessi Pertama 16 - 17 Oktober 2010
Sessi Kedua 30 – 31 Oktober 2010
(Hari Pertama daripada jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Hari Kedua daripada jam 8.00 pagi – 2 tengahari)
Rebutlah peluang keemasan dengan
YURAN KURSUS RM 70 SAHAJA! (Termasuk minum pagi dan makan tengahari)
Untuk Pendaftaran dan Keterangan Lanjut hubungi;
Ustaz Zakaria Ismail (012-985 1494) atau layari www.insanberpotensi.blogspot.com
Thursday, June 3, 2010
| |||||||
|
Thursday, March 11, 2010
Program Bagaimana Saya Mempersiapkan Diri Untuk Berjaya Dalam Bahasa Arab Di SMKA Wataniah
PPPi telah mengadakan satu program di Sekolah Kebangsaan Agama Wataniah, Besut pada 1 Mac baru-baru ini atas jemputan pihak sekolah melalui Kaunselor, Ustaz Wan Mohd Noor bin Wan Abdul Rahim.
Program selama sehari ini disertai oleh lebih 260 orang peserta daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 menggabungkan beberapa aktiviti seperti motivasi belajar, teknik-terknik belajar, latihan asas bahasa Arab, tayangan filem dan pembentangan ringkas oleh para pelajar.







Program dikendalikan oleh dua moderator PPPi iaitu Ustaz Zakaria Ismail dan Ustaz Zulkhairi bin Ngah bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.45 petang.
PPPi berharap para pelajar akan terus meningkatkan usaha menguasai subjek bahasa Arab kerana subjek tersebut sangat mudah dan menyeronokkan.
Mudah dan menyeronokkan bukan bermaksud tak perlu berusaha langsung, tetapi bermaksud berusaha untuk mengusai bahasa Arab itu adalah mudah dan menyeronokkan.
Anda tak percaya… Tanyalah para peserta kita.
Disiarkan beberapa gambar semasa program, Alhamdulillah.


Ustaz Wan sangat komited memantau perjalanan program sehingga turut "berkampung" di dewan sekolah semasa program.



وعقد البرنامج في يوم واحد حيث اشترك فيه أكثر من مائتين وستين طالبا من السنة الأولى والثانية وكانوا يشتركون في شتى النشاطات اللغوية من الاستماع إلى كلمات التشجيع والتعرف إلى تقنيات التعلم المؤثروالقيام بتدريبات اللغة الأساسية ومشاهدة الأفلام القصيرة وإجراء التقديمات من قبل الطلبة .
والبرنامج أداره الأستاذ زكريا بن اسماعيل والأستاذ ذوالخيري بن غه، مشرفا المركز من الساعة الثامنة صباحا إلى قبيل الساعة الخامسة.
ويرجو المركز أن يضعّف الطلبة اجتهاداتهم في سبيل استيعاب مادة اللغة العربية لأنها مادة سهلة ممتعة.
وكون مادة اللغة العربية مادة سهلة ممتعة لا يعني أننا لا نبذل أدنى جهد في سبيل استيعابها ولكننا نجد طرق استيعابها سهلة ممتعة.
أفلا توقنون بهذا الخبر العجيب؟ ... اسألوا مشتركي البرنامج أنفسهم، تجدوا الإجابة، إن شاء الله.
وههنا بعض الصور.