Sunday, January 16, 2011

3 Sekolah Popular Masakini - Satu Kritikan Sosial Yang tajam

Dr. Taufiq al-Wa’ie menulis artikel yang sangat menarik dalam majalahAl-Mujtama’ tentang 3 sekolah popular masakini yang mempunyai jurusan khas.

Artikel ni adalah satu kritikan sosial yang tajam. 3 orang nak buat sekolah yang popular dan banyak untung.Jurusan sekolah pertama sekolah hipokrasi, sekolah kedua pemimpin penuh strategi manipulasi dan sekolah ketiga ialah sekolah mengajar mencari jalan selamat... Ketiga-tiga cadangan timbul kerana penyakit jahil,hipokrasi dan budaya diktator yang menguasai masyarakat.

Mukaddimahnya berbunyi, “Alangkah indahnya mutiara kata yang berbunyi, ‘Apa yang dilakukan oleh musuh ke atas orang yang jahil ialah apa yangdibuat sendiri oleh si Jahil itu kepada dirinya’. Bala yang menimpa sesuatu kaum itu puncanya lahir daripada diri mereka sendiri. Sesuatu ummat tidak mampu membuat secebis perubahan pun melainkan dia telah mengubah keadaan dirinya daripada aspek sanggup menerima fakta yang benar sebagai sebuah kebenaran dan fakta yang salah sebagai sebuah kesalahan. Seperti dia tidak ragu tentang siang sebagai siang dan malam sebagai malam.


Perkataan yang sarat dengan kebenaran tetap menjadi sasaran celaan orang, jika keputusan dibuat bersandarkan kepada kejahilan."

لله در القائل: «ما يفعل الأعداء من جاهل ما يفعل الجاهل من نفسه».. إن أساس بلاء الشعوب من أنفسها، ولن تستطيع أن تغيِّر الأمم شيئاً إلا إذا غيَّرت نفسها، حتى ترى الصواب صواباً والخطأ خطأً، والنهار نهاراً، والليل ليلاً، فقد يُعاب القول الصحيح إذا كان الجهل هو سيد الموقف

Artikel penuh di sini.

No comments:

Pengunjung