Pada 1- 12
Disember yang lalu Kursus 10 Hari Ajaib Persediaan Ke Tingkatan 5 telah
diadakan di Masjid Jami’ Pengadang Baru dengan disertai oleh pelajar-pelajar
tingkatan 4 dan tingkatan 3.
Belajar bahasa
Arab di Tingkatan 5 memerlukan para pelajar memperkukuhkan dahulu kemahiran
mengaplikasikan asas-asas Nahu dalam pembacaan, penulisan dan percakapan.
Ini kerana tajuk-tajuk subjek bahasa
Arab semasa tingkatan 4 dan 5 akan lebih banyak menggunakan istilah-istilah
teknikal sebagai lanjutan daripada pembelajaran di peringkat menengah rendah.
![]() |
Latihan di papan putih |
![]() |
Menjawab di papan putih |
![]() |
Hero sedang menyelesaikan masalah besar! |
![]() |
Hari gembira dengan 'cup cake' yang dibuat oleh seorang pelajar. |
![]() |
Ada masa kena tekun berfikir sendiri. |
![]() |
Membuat latihan dengan serius pun ada. |
Ramai pelajar
dilihat hilang fokus serta keyakinan pada peringkat ini disebabkan kerana belum
menguasai asas-asas bahasa Arab secara teliti. Oleh itu, mereka dilatih semula
asas-asas bahasa Arab daripada awal secara perlahan-lahan dan latih tubi
berterusan.
Alhamdulillah,
pada akhir kursus peserta menyatakan tahap kefahaman mereka telah meningkat
dalam menguasai aspek-aspek asas bahasa Arab. Keyakinan mereka untuk
menggunakan bahasa Arab dalam perbualan dan penulisan juga telah meningkat.
Namun masih banyak yang perlu mereka pelajari.
Anda sedang
berada di landasan yang betul untuk berjaya!
(Pelajar yang mahukan gambar yang besar dan personal sepanjang kursus, boleh tinggalkan mesej dalam inbox fb/insansejahterasentre)
![]() |
Menerima sijil jugak budak ini... he.. Tahniah. Belajar rajin-rajin ya akhi.. |
![]() |
Tahniah! Ukhtie... |
في المدة ما بين ١ إلى ١٢ من شهر ديسمبر من السنة الماضية، انعقدت
دورة الأيام العشر العجائب لملتحقي السنة الخامسة الثانوية في المسجد الجامع فغادغ
بارو وكان المشتركون والمشتركات فيها من طلبة السنتين الثالثة والرابعة
الثانويتين.
كيف تستطيع أن
تنجح في مادة اللغة العربية في السنة الخامسة الثانوية؟ في هذه المرحلة تحتاج إلى
استيعاب بعض الأحكام والمصطلحات النحوية والصرفية الأساسية حتى تستطيع أن تحسن
تطبيقها أثناء قراءتك للنص ومحادثتك مع الأصدقاء وكتابتك للإنشاءات والمقالات.
أكثر الطلبة
يهملون هذا الجانب المهم ثم يجدون أنفسهم في ظلمات موضوعات جديدة يوما بعد يوم .
فالمعلومات أصبحت متراكمة ولكنها ظلمات فوقها ظلمات لا يجدون لها مخرجا ولا يعرفون
إلى أي منقلب ينقلبون، إذ المخرج أيها الإخوة في استيعاب مبادئ اللغة الأساسية لا في تحسين حفظ بعد حفظ بلا جدوى.
ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها إن
السفينة لا تجري على اليبس
وفي آخر الدورة،
كل الطالب بدأ يركز على ما حقه التقديم، فينتفع بذلك انتفاعا جما.
No comments:
Post a Comment