Monday, January 6, 2014

PARA PELAJAR, SELAMAT BELAJAR DI PERINGKAT MENENGAH DI SEKOLAH BARU!


Program Siri Kursus 10 Hari Ajaib Persediaan Ke Sekolah Menengah telah berakhir pada 26 Disember tahun lepas. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang subjek bahasa Arab di peringkat menengah kepada adik-adik tahun enam yang bakal ke sekolah menengah tahun depan.

Pelajar dilatih tubi dengan latihan dialog harian, menguasai sejumlah kosa kata, menghafaz sejumlah pecahan asasi komponen fi’il dan beberapa konsep asas bahasa Arab yang mudah. Ini akan mengurangkan ‘ketakutan yang tidak sepatutnya’ kepada adik-adik yang baru hendak memulakan langkah mempelajari bahasa Arab. 

Ada juga beberapa pelajar sekolah menengah yang turut menyertai program ini pada kali ini. Hasrat mereka untuk membaiki dan menguatkan semula asas-asas bahasa Arab di sekolah. Alhamdulillah, sedikit sebanyak telah memantapkan kefahaman mereka.

Daripada maklum balas yang diperolehi, para peserta mula merasakan mereka sudah bersedia untuk meneruskan ‘perjalanan’ mereka bagi menguasai bahasa al-Quran. Mereka sudah bersedia untuk mengembara ke alam bahasa Arab yang sangat menarik dan dipenuhi dengan banyak keajaiban-keajaiban yang serba menarik!

ISC doakan yang terbaik untuk perserta semua!

Latihan di papan putih beramai-ramai.

Berdialog.

Ini lawan dialog.

Sedang berusaha memikirkan sesuatu.

Yang kecil dan yang besar sedang menunjukkan arah.

Happy hours!

Latihan dialog.

Menerima sijil.

Kena belajar rajin-rajin lagi ni...


Budak kecil ni pun terlibat jugak...

Bersama kawan-kawan seperjuangan bahasa Arab pada hari akhir.

Mujahid memberi cenderahati untuk Ustaz Ya.

Ilham membaca doa.

Mengaminkan doa cepat pandai bahasa Arab!

أيها الطلبة، الآن تصبحون في المرحلة الثانوية في مدارس جديدة!

في ٢٦ من ديسمبر ٢٠١٣ الماضية، وصلت سلسلة دورات الأيام العشر العجيبة إلى انتهائها  بعقد الدورة الأخيرة المعقودة لطلبة المدارس الإعدادية الذين يلتحقون بالمدارس الثانوية في السنة ٢٠١٤.

سعى البرنامج إلى إعداد الطلبة لمواصلة دراسة اللغة العربية في المرحلة الثانوية، وذلك من خلال تدريبهم على مهارة الكلام الأساسية وتعويدهم على استخدام جملة من الثروة اللغوية التي تم تركيزها أثناء الدورة وتعريفهم بأهم الموضوعات التي سيتعلمونها في المرحلة الثانوية.

كل الطالب يقبل هدية من أخيهم الطالب مجاهد إيمان.
ونحن في مركز الإنسان السليم ندعو لجميع الطلبة المشتركين والمشتركات بالتوفيق والنجاح وحب اللغة العربية والاجتهاد المستمر في سبيل تعلمها.

No comments:

Pengunjung